DESA HM
Berdasarkan majoriti undi PDM, kelihatan undi Melayu tidak banyak beza berbanding PRN yg lalu.
Beza majoriti undi PH vs PN lebih kurang sama dgn PRN 2023 di semua PDM majoriti melayu.
Sebaliknya undi Bukan Melayu merudum sebab ramai tak keluar mengundi.
PDM Puteri Gunong, Sg Bakap, Tasik Junjong merupakan PDM ramai bukan melayu, antara 45% hingga 55%.
Di situ, majoriti PH susut teruk kerana peratusan keluar mengundi di 3 PDM ini sangat rendah.
Jom kita tengok perbandingan.
Daerah Mengundi PRK 2024 ( PRN 2023 ). (Tanda + menang, tanda - kalah)
1. Puteri Gunong, +369 ( +2094 )
2. Sungai Bakap, -145 ( + 642 )
3. Ldg Sempah, -237 ( - 302 )
4. Sungai Kechil, -288 ( - 277 )
5. Tasek Junjong, -361 ( - 80 )
6. Padang Lalang, -841 ( - 823 )
7. Kpg Besar, -659 ( - 733 )
8. Sungai Duri, -2056 ( - 1940 )
Melihat kpd perbezaan undi antara PRK smlm dgn PRN 2023, hanya PDM 1, 2 dan 5 shj kelihatan perbezaannya begitu signifikan, sebaliknya bagi PDM 3, 4, 6, 7 dan 8 perbezaannya tipis.
Apa mesejnya?
Mesej prima yg boleh dirumuskan adalah referandum pengundi bukan melayu. Mereka bukan pangkah PN, tapi hanya buat kerja mudah, tak keluar mengundi. Itu manifestasi kpd ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan. Kenapa ini berlaku? Ramai pakar2 dlm ni, jawab lah sendiri.
Keduanya, keberkesanan jentera kempen. Dgn usaha yg dilihat bersungguh2 dari PH utk memenangi PRK ini, pola perubahan di kalangan pengundi Melayu, ternyata statik. Tidak nampak perbezaan yg ketara. Yg batat menyokong PN, tetap undi PN, dan begitulah sebaliknya. Kalaupun nampak sedikit peningkatan, dlm julat angka yg kecil, mungkin sebahagiannya disumbangkan oleh anak2 muda 18 tahun yg pertama kali dpt mengundi. Selebihnya dari pengundi tegar PAS/PN.
Jadi, apa solusinya?
Apakah perlu diubah modus operandi kempen?
Kena ubah gaya pendekatan kpd anak2 muda?. Boleh bagi cdgn.
Mesej lain yg boleh diambil pengajaran, adalah undi penjawat awam. Penjawat awam yg majoritinya Melayu, nampaknya tidak tertarik pun dgn tawaran skim saraan baru kakitangan awam dan bonus RM 2000 serta duit raya dari kerajaan Madani. Bagi mereka, duit sapu, undi tetap parti yg kononnya merperjuangkan Melayu Islam....
Part ni susah nak jwb... kalau dulu, zaman BN berkuasa, mereka ada formulanya...
Tapi, zaman Madani, kita kena 'Rahmatan Lil Alamin'... hmmm... terpulanglah.
Buka minda.