SEKALI SEKALA BERSUARA KIRA OK LA... WALAU NAMPAK TAK SEGARANG SEBELUM JADI KERAJAAN.


 KENYATAAN MEDIA 

24 Jun 2024


"Pemuda Pakatan Harapan ingin taja Wan Fahysal belajar Corporate Finance 101" 


1. Wan Fahysal tidak memahami konsep majoriti-minoriti dalam hal pegangan ekuiti korporat. Katanya ada beza pemilikan terus BlackRock dalam syarikat tersenarai tempatan dan pegangan tidak langsungnya dalam MAHB (selepas penswastaan MAHB selesai). 


2. Hakikatnya, sama ada 5% atau 25% pemilikan saham, ia tetap pegangan minoriti. Pemilik ekuiti minoriti tidak ada kuasa menentukan keputusan terakhir mana-mana syarikat. 


3. Dalam konteks MAHB, kerajaan akan memiliki 70%. Pegangan ekuiti (bakal) oleh GIP adalah jauh lebih rendah. Undi 70% kerajaan akan mengalahkan undi 25% GIP. 


4. Paling penting, kerajaan akan terus memiliki "golden share" dalam MAHB. Bermakna kerajaan memiliki kuasa paling utama iaitu veto. 


5. Kesimpulannya, BlackRock sudah lama memiliki saham minoriti dalam syarikat-syarikat di Bursa Malaysia. Pegangan tidak langsung menerusi GIP dalam MAHB juga adalah sama. 


6. Malah, Pakatan Harapan menerima baik komitmen GIP yang telah dinyatakan secara terbuka baru-baru ini bahawa BlackRock tidak akan campur tangan dalam pengurusan GIP dan pengurusan semasa GIP akan mengekalkan kuasa penuh terhadap hala tujunya. Buat ketika ini, BlackRock masih belum menyelesaikan pembelian ekuitinya dalam GIP. Justeru, keputusan Khazanah Nasional bekerjasama dengan GIP tidaklah bersandarkan BlackRock. 


Sekian, terima kasih 


AMMAR ATAN 

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional



No comments: