Jawapan PM Tuntas

 

MSO


Isu Black Rock 


JAWAPAN PM TUNTAS.

 

Penswastaan pengurusan lapangan terbang (MAHB) tidak perlu dibimbangi kerana ia masih milik Khazanah dan KWSP yang menguasai saham syarikat itu berbanding dengan GIP yang ada kaitan dengan Israel.


Sebenarnya rundingan perkara itu berlaku sejak tahun 2021/2022 lagi tetapi kenapa ia dibangkitkan hari ini, menunjukkan isu Black Rock ini dijadikan modal politik murahan pembangkang.


PM Anwar Ibrahim menjelaskan demikian dalam sesi soal jawab dengan PM di parlimen pagi ini.


Menjawab pertanyaan wakil Machang yang menyoalkan kenapa tidak kerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti dari Jepun dan Singapura, PM jelaskan syarikat itu tidak memenuhi syarat ditetapkan, Khazanah dan KWSP yang mahukan pengerusi dan CEO dari kalangan rakyat Malaysia.


Selain itu syarikat lain juga ingin kerjasama sekiranya mereka diberi saham melebihi saham Khazanah dan KWSP dan melantikan pengerusi dan CEO dari kalangan mereka.


PM juga jelaskan soal kenapa dipilih GIP, sebenarnya ada 45 syarikat yang dinilai tawaran masing-masing, tetapi lima yang layak. Tidak timbul yang Black Rock syarikat tunggal seperti dihebuhkan.


Mengenai tududan Black Rock ada kaitan dengan Israel, PM jelaskan banyak lagi syarikat yang ada kaitan dengan Isreal yang berurusan dengan negara kita seperti Apple dan sebagainya. 


Isu Black Rock dijangka hangat dan panas dalam dewan pagi ini, sebaliknya ia berjalan dengan tenang. Pihak pembangkang dapat menerima dengan baik dan faham situasi mengenai itu tidak ada pemboikotan sidang sepanjang isu Blck Rock didebatkan. 


Syabas kepada pembangkang kerana bisa dingin otak dengan isu Blck Rock ini. Trims.