SEBUAH PERINGATAN DAN PESAN


MSO


Ada orang kecewa dan marah marah apabila Anwar kerana tidak layan mereka. Nak jumpa payah apa lagi nak bawa proposal lagi sukar. Lantaran ada yang bertindak mengkritik Anwar dan kerajaannya dari setiap penjuru. Seolah olah tiada satu pun yang baik dengan kerajaan Madani. Ada yang berdoa minta kerajaan Madani tumbang.


Tidak dinafikan sebagai manusia kita rasa kecewa dan marah sekira kita tidak dipeduli dan disisihkan sedangkan kita rasa kita dekat dengannya.


Dalam hal ini saya nak ingatkan mereka yang terasa dan frust dengan Anwar dan mana mana anggota jemaah menterinya, perlu sedar diri dan rasional. Cuba tanya diri kita sejauh manakah kita menyokong perjungannya sebelum ini. Semasa Anwar dalam penjara dimana kita ketika itu. Semasa Anwar dihadap ke mahkamah berapa kali kita bersolidariti buatnya.


Jika kita baru nampak muka setelah beliau jadi PM, rasanya tidak wajar menuntut kita adalah pendukung utamanya dan perlu dilayani. Dan jika Anwar tidak terpandang kita adalah sesuatu yang wajar. Umpama kita hadir ke majlis kenduri saat gulai dan nasi sudah hampir masak, kita tidak boleh claim kita yang jadi tukang masak.


Kita tidak boleh dakwa kita penyokong utama kerana kita mendekatinya sesudah menang. Jadi fikir fikirlah kalau kita mengharap dia melayani kehendak kita.


Maka kalau Anwar buat tidak terpandang kita insaflah dan jangan berkecil hati. Sudah lumrah sesiapa berada tempat setinggi Anwar itu, tidak mungkin dia ada masa dan peluang untuk menyatuni semua orang. Masalah negara dan rakyat mendahului perkara lain dalam kepalanya. Apa lagi masih ramai orang² awal bersamanya (1998) belum disantuni. Tunggu dan ikutlah giliran. 


Tetapi kalau anda seorang professional menyokongnya tanpa mengharapkan sesuatu anda terus boleh mengkritik. Itu tugas hakiki anda dan tanggungjawab sosial anda, tetapi biarlah konstruktif. Tetapi jangan sesekali ketika mengkritik itu anda cuba tunjukkan yang anda banyak berjasa kepadanya. Itu silap dan salah. Trims.