MISI PENUNGGANG AGAMA TIDAK PERNAH SEDAR MEREKA ZALIM PADA PENDUDUK TANPA ADA JAMINAN RUMAH.







 Isu perobohan rumah setinggan di 𝗞𝗴. 𝗦𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿, Gombak ni macam dijangka, akan ditunggang oleh si pakar tunggang. Siapa lagi kalau bukan 𝗣𝗔𝗦.


Tapi apa yang terlihat hanyalah sikap hipokrit mereka. Sebab tak lama dulu, di tahun 2020, kerajaan Kelantan pun ada 𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 juga.


Malah kalau tengok tajuk berita di Harakah, jauh lebih jahat dan 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻. Boleh baca sendiri beritanya di https://tinyurl.com/y9kpvv2n.


Persoalannya, kenapa di Kelantan salah penduduk tapi bila berlaku di Selangor, jadi salah kerajaan negeri? 𝗗𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺.


Aku sendiri pernah duduk rumah setinggan dulu. Dari aku berusia 5 tahun sampai anak sulong aku berusia 4 tahun. Bayangkan. 3 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂.


Tapi hakikatnya, 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻. Ayah aku dulu bila tengok orang besarkan rumah, 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘣𝘢𝘵𝘶, dia tetap tak mahu. "𝘋𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘶𝘪𝘵, 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬 𝘱𝘶𝘵𝘪𝘩 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘫𝘦".


Betullah pegangan ayah aku tu. Biar berapa lama pun kami tinggal, 𝗶𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝗶. Kalau kena roboh, tetap kami tak boleh buat apa.


Kg. Seri Makmur ni, khabarnya notis dah dikeluarkan semenjak 2006 lagi. Bermakna dah 18 tahun. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗶𝗻, 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁.


Tambah lagi dengarnya ada penempatan pendatang pulak. Lebih parah. Peliknya, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶? Dapat upah ke?


Kesimpulannya, 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Mereka semua makhluk lidah bercabang. Kalau menguntungkan dia, semua boleh. Kalau dia rugi, jadi tak boleh.


Jauh benar lari PAS 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Nampaknya PAS lebih sukakan kemunafikan. Syukurlah Allah selamatkan negara ini dari pemimpin pemimpin durjana ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.