JENIFER LOPEZ DAN AI DALAM FILEM TERBARUNYA..



 AKTRES terkenal Hollywood, Jennifer Lopez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Atlas yang disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix.



Dalam promosi filem itu yang disiarkan menerusi media sosial Netflix, Lopez atau lebih mesra disapa sebagai JLo, dilihat menguji kecerdasan buatan (AI) bernama Smith.


Apa yang menarik perhatian adalah JLo meminta Smith 'kecek Kelate' atau bercakap dalam dialek Kelantan.


"Kelantanese Malay (Melayu Kelantan)?" pintanya.


Smith itu kemudiannya bercakap dalam dialek Kelantan dengan ayat: "Bo la kak wei, sapa bila nak tanya ni? (Berapa banyak lagi anda akan minta saya lakukan?)"


Biarpun dalam masa singkat, namun aksi itu telah menarik perhatian ramai.


"Kelantan kita mendunia sekali..." tulis salah seorang warga maya.


"Bahasa Kelantan tu... Padu!" tambah seorang lagi pelayar.


Bukan sekadar meminta bercakap Melayu Kelantan, bintang berusia 54 tahun itu turut menggamit rakyat Malaysia dengan bahasa Melayu iaitu: "Apa khabar Malaysia?" dalam hantaran berbeza.


Sumber: Sinar Harian