KERAJAAN MADANI TAK SERIUS MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH.. KAMU JADI KERAJAAN 3 TAHUN, APA KAMU BUAT? JOM BACA. DAN FAHAM. JANGAN JADI LEBAI MALAS KAJI DAN MEMBACA.





Oleh: Tn. Hisham Fauzi 


Sedang banyak disebar satu video rakaman ceramah seorang ADUN Pas Kelantan yang menyatakan bahawa pada zaman Pas dalam Kerajaan dahulu, RU355 tidak sempat dibentangkan kerana parlimen sudah bubar sedangkan RUU berkenaan sudah siap.


Lalu diceritakan bahawa pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355. Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Cuma tinggal nak bentang saja dakwa tulisan itu.


Benarkah RUU ini hanya selangkah saja lagi dan sepatutnya Kerajaan Madani hanya perlu tinggal ambil saja yang Pas dah buat untuk diteruskan sahaja? Atau ianya hanya alasan kerana 3 tahun Pas dalam Kerajaan tapi ternyata gagal melaksanakan hatta satu pun janji mereka untuk memperkasakan syariah?


Mari kita lihat proses bagaimana satu-satu RUU itu boleh menjadi undang-undang mengikut undang-undang Malaysia:-

 


1. Menteri berkaitan merangka dasar. Kertas dasar bagi mendapatkan Kelulusan Dasar Kabinet untuk menderaf pindaan perlu dibuat.


2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.


3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.


4. Draf dibawa ke Majlis Kebangsaan Bagi Agama Islam (MKI) untuk kelulusan.


5. Draf diangkat kepada Majlis Raja-Raja utk perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu.


6. Draf dibawa semula ke cabinet untuk kelulusan Kabinet.


7. Draf akan beratur masuk Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat. 


8. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.


9. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:

Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat,

Menteri akan menjelaskan sebarang persoalan,

Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang itu oleh Dewan Rakyat.


10. Peringkat jawatankuasa

Meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci,

Kerajaan akan membuat pindaan yang sesuai,


11. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan selepas itu di Dewan Negara;

Dihantar untuk kelulusan Dewan

Mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta


12. Diangkat utk mendapat perkenan oleh YDPA; dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang tetap akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4 Perlembagaan Prrsekutuan.


13.. Disiarkan di dalam Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dgn kuasa Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.


Jadi, secara jujur jika kita melihat kepada aliran di atas, jelaslah bahawa *tindakan Pas baru saja berada di tangga ke 3 dalam perjalanan RUU355*. Masih jauh lagi. Bukan hanya selangkah saja seperti dakwaan ADUN Pas berkenaan.


3 tahun Pas jadi kerajaan. Satu janji pun tak selesai. Tapi bila orang lain jadi Kerajaan, sibuk pula menekan orang. 


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekarang adalah Mantan Ketua Hakim Syarie dengan pengalaman sebagai hakim syarie berpuluh tahun.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Pula adalah seorang Professor dalam bidang syariah dan bekas  Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM.


Dengan begitu sekali gabungan kepakaran dua tokoh ulama' syariah ini, anda boleh memilih sendiri sama ada anda mahu percaya kepada ahli politik Pas, atau anda menaruh sepenuh kepercayaan kepada dua ulama pakar perundangan Islam yang sedang bekerja keras berkhidmat untuk Agama dan negara.


Bersama kita sebarkan penjelasan ini.


*Hisham Fauzi*

Mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri



No comments: