LOKMAN ADAM WALAJIB NO 1. BUKAN AKMAL



 Tadi aku terbaca komen di posting sebuah page, Ketua Pemuda UMNO, 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗵 tu 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 1.


Aku 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 kalau nak kata begitu. Jangan nombor 1, nombor 100 pun tak pasti lagi. Kalau nak kata nombor 1, bagi aku 𝗟𝗼𝗸𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗱𝗮𝗺 orangnya.


Boleh nampak dari awal lagi, semenjak Najib dituduh, didakwa, dibicarakan hinggalah jatuh hukum, Lokman 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 untuk Najib.


Tapi mana Akmal? Aku tak pasti. Nama Akmal ni jadi terkenal selepas 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 terbentuk dan selepas dia menjadi 𝙀𝙭𝙘𝙤 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.


Masa tu ada beberapa kes yang menampakkan dia tu macam Adun yang rajin. Jadi namanya meniti di bibir di bibir rakyat. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘀 𝗡𝗮𝗷𝗷𝗯 𝗽𝘂𝗻.


Jadi nak kata dia walajib pun payah. Tapi kalau kata dia 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝘁𝗿𝗼𝗷𝗮𝗻 𝗣𝗡, itu lebih mudah untuk dipercayai.


Sebab kalau tengok posting Akmal, tak ada gaya Ketua Pemuda UMNO. Tapi lebih nampak macam cytro. Tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗰𝘆𝘁𝗿𝗼 𝗨𝗠𝗡𝗢 sebaliknya 𝗰𝘆𝘁𝗿𝗼 𝗣𝗡.


Sampaikan terserlah imej rasis. Sebab tu 𝗣𝗗𝗥𝗠 pun berminat 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂𝗯𝘂𝗮𝗹 dengan dia. Yang suka isu rasis ni cuma walaun je. Sebab itu nyawa mereka.


Akmal serang kerajaan macam sungguh-sungguh nak jatuhkan kerajaan. Dia nak siapa memerintah? Usaha jatuhkan Perpaduan bererti 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗡.


Takkan Akmal ingat kalau Kerajaan Perpaduan jatuh UMNO boleh jadi PM? 𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗹? UMNO kena pulih dulu. Kena perbaiki imej di mata rakyat 


Masalahnya perbuatan Akmal buatkan UMNO 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗸𝗲 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴. Dia ingat apa dia buat boleh pikat pengundi Melayu. Itu takkan terjadi.


Pengundi kampungan akan terus pilih PAS berbanding UMNO. Manakala pengundi bandar dan separa bandar akan 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗷𝗲𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗨𝗠𝗡𝗢 kerana dia.


Akhirnya siapa nak undi UMNO?


Memanglah nampak walaun macama lambung dia tapi itu memang sikap walaun. Kalaulah 𝗡𝗲𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗵𝘂 keji DS Anwar, nescaya Netanyahu pun walaun puja.


Jadi pada aku, Akmal bukan walajib. Sebaliknya yang aku nampak, dia lebih kepada 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 ini untuk lebarkan sayap politiknya.


Sebab tu aku malas nak ulas pasal Akmal. Sebab dia memang harap namanya 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻. Kena ingat, orang politik tetap akan jadi orang politik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: