BELI TU BAGUS DAH... TAPI PIHAK MASJID PULAK KENA BAYAR ITU INI.



Hapiz Kodiang


 Kerana hal seperti di bawah, dalam sebuah mesyuarat hukum, saya menolak permohonan cadangan projek wakaf air di seluruh masjid di sebuah negeri. Kerana ianya menguntungkan syarikat penapis air luar negara manakala kos keseluruhan termasuk elektrik, maintanance service after sale etc menggunakan kutipan dana wakaf. Air segar memang menjadi keperluan jemaah bagi menghilangkan haus. Namun menginfakkan air botol mineral yang diletakkan di rak² sekitar masjid lebih mudah, efektif dan tidak merugikan dana wakaf.



Mereka mengadaptasi projek wakaf Telaga Saidina Uthman (بئر رومة) bagi tujuan pemasangan mesin² air tapis. Saya menyatakan wakaf telaga Saidina Uthman tidak menjadi liabiliti kepada umat Islam dan menguntungkan mereka. Ia percuma sepanjang hayat. Projek mesin penapis air ini pula menguntungkan syarikat Korea atas nama dana wakaf. Yang membayarnya pula pihak pengurusan masjid.


Dr HK

20.4.2024



No comments: