TOYA MATMIN.. ORANG LAIN BUAT SALAH.. HANGPA BUAT SEMUA BETOI

 

Najib Bakar





14 Ogos 2023 PAS bantah sekeras-kerasnya Pesta Songkran. 8 bulan lepas tu Kerajaan PAS Kedah sendiri langgar. 🤦


Tak sampai setahun bang. Terbalik habih dalil. 


Seronok betoi menunggang agama. Bila musuh buat, haram. Kami buat, halal.


Ahli Parlimen Padang Terap yang claim diri seorang Ustad, Nurul Amin Hamid pun meraikannya.


Siap tulis semua orang "wajib" dibasahkan.


Ni kalau nak amik pendekatan serangan PAS bab isu Menteri Pendidikan yang sebut, saya "haramkan" anak di rumah sebut perkataan kafir, sedap jugak kan?


Ya la, bila hang sebut wajib, dah beriman kat agama Buddha ka YB Nurul Amin?


Tapi tu lah. Kami ni bukan jenis tunggang agama. Kami tetap berpegang kepada kesederhanaan.


Kami cuma nak expose hipokrasi perangai sorang-sorang dalam PAS yang bertopengkan lebai, kepiah putih, jubah, janggut.


Bila tang musuh, fuh dia punya serang, macam dah confirm orang tu neraka, macam dia pegang kunci sorga.


Nak tanya jugak, tak ada komen dari pempengaruh agama yang femes seperti Ustaz Azhar Idrus ka?


*Kalau nak baca dari segi agama, boleh baca tulisan  Mufti WP bab Pesta Songkran, https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2389-al-kafi-734-hukum-menyertai-perayaan-songkran


*Warga Siam yang meraikan Songkran tidak dihalang. Tulisan ini cuma mendedahkan hipokrasi dalam PAS.