AKTIVIS REFORMASI DIBANTU

 






Hari ini Setiausaha Politik saya saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi aktivis awal reformasi saudara Pospan Linggam atau lebih dikenali sebagai Puspa yang kini uzur dek kerana masalah kesihatan.


Saudara Puspa merupakan antara individu yang terlibat secara aktif dalam gerakan massa sewaktu gelombang reformasi meledak lewat 1990-an, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bagi penggal 2010/2011.


Farhan telah memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung. Saya amat berharap ia memberi sedikit kelegaan kepada saudara Puspa dalam menempuh hari mendatang. 


#MalaysiaMADANI



No comments: