KHAIRUDDIN DILANTIK PENGARAH J KOM


MSO

Kekosongan jawatan pengarah J-Kom yang ditinggalkan oleh Agus Yusuff dalam keadaan sedikit kontroversi kini telah diisi dengan pelantikan bekas Exco Selangor Khairuddin Othman ke jawatan itu berkuat kuasa hari ini.


Jawatan itu kosong berbulan bulan sejak Agus berundur. J-Kom yang sebelum ini terletak dibawa PMO dipindah ke Kementerian Komunikasi bawah Fahmi Fadhil.


Sebelum ini beberapa nama disebut-sebut untuk memegang jawatan itu termasuk Lokman Noor Adam, Ismail Yusuff timbalan pengarah J-Kom kini dan lain, tetapi beralun begitu sahaja kononnya jawatan itu hendak diisikan oleh pegawai PTD dan bukan dari politik.


Tidak dapat dipastikan apakah Khairuddin sebelum terlibat dalam politik dan kalah dalam Piraum lepas merupakan bekas PTD atau tidak.


Itulah kenyataan politik jangan mudah ditelan kerana ia tidak semudah telan biji sawi. Kenyataan politik hanya boleh dikemen kiluh saja jangan ditelan. Trims.