Kecoh cerita MP Bangi, Syahredzan yang sekolahkan MP Hulu Terengganu Rosol Wahid apabila orang tua itu mengelirukan dewan dengan mengatakan nanti di bulan Ramadhan, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻.
Ini rentetan dari isi Nik Elin yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan baru-baru ini. Ia telah membuatkan Syahredzan bangkit dan membetulkan kesalahan fakta yang dibawa oleh Rosol yang akhirnya menarik balik pernyataan itu..
Pertama sekali, menangkap orang tak berpuasa itu bukan sebahagian dari hukum Islam. Kecuali kalau orang itu 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 di tempat awam atau 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 orang lain agar tidak berpuasa. Manakala perbuatan menghendap rumah orang semata-mata kerana syak orang itu melakukan maksiat adalah perbuatan yang 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 menurut Islam.
Keduanya, keputusan mahkamah 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 membatalkan keseluruhan Enakmen itu. Hanya 18 seksyen saja yang terbatal dan tak puasa, seperti kesalahan minum arak dan berzina, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Bermakna, pihak jabatan agama masih boleh mendakwa mereka yang ingkar.
Yang menghairankan, takkanlah seorang ahli politik senior seperti Rosol tak boleh faham tentang hal ini? Macamana seorang ahli parlimen tak boleh faham soal undang-undang sedangkan dia sendiri pembuat undang-undang?
Persoalannya, Rosol tak faham atau sengaja buat-buat tak faham? Tujuannya biar nanti boleh dikongsikan di TikTok yang dia dah bawa isu ni di parlimen supaya dia boleh 𝗺𝘂𝗻𝗰𝘂𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗵𝗲𝗿𝗼 di mata walaun?
Kalau tengok dari cara dia respon selepas ditegur oleh Syahredzan, aku nampak sepertinya Rosol tahu apa yang dia sebutkan itu salah. Riak mukanya bersahaja dan cepat je dia tarik balik. Tak ada usaha pertahan hujahnya. Cuma orang yang tahu faktanya salah saja akan berkelakuan begitu.
Beginikah cara PAS berpolitik? Sanggup 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗽𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 dan mencipta kekeliruan demi untuk menunggang isu dan beroleh laba? Itu bukan kaedah politik Islam. Itu lebih teruk dari sekular dan liberal. Itu teknik politik 𝗱𝗮𝗷𝗷𝗮𝗹.
Bagi aku cara Rosol tak matang. Kalau sungguh pun dia tak tahu fakta, sebelum nak bercakap di parlimen, paling tidak semaklah dulu kesahihan. Janganlah buat parlimen macam kedai kopi boleh cakap sesuka hati sampai menjurus kepada fitnah.
Kalau sekalipun tak takut kepada undang-undang penjajah (seperti kata Hadi), setidak-tidaknya takutlah kepada Allah. Menipu dan memfitnah itu perbuatan yang Allah benci. Kata parti Islam. Takkan tak percaya kepada hari pembalasan? Guane boh?
Raja Gelap II
.