Ini pula berita yang walaun tak mahu dengar. Defisit negara 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 daripada 5.6% pada tahun 2022 ke 5% di akhir 2023 dan dijangka turun ke paras 4.3% di penghujung 2024.
Sungguh aku tak menyangka. Sesungguhnya aku tak fikir kita boleh capai sasaran defisit itu bila melihat betapa 𝗯𝗼𝗿𝗼𝘀 DS Anwar berbelanja untuk rakyat.
Dari betulkan tandas sekolah, perindah gerai, perbaiki jalan hinggalah ke bonus penjawat awam sampaikan pesara tanpa pencen pun dapat, aku kira defisit kita akan meningkat.
Tapi tak. Malah bukan sahaja defisit menurun, 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 negara juga 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹. Pertumbuhan hutang juga kian menurun daripada 10.2% di tahun 2022 kepada 8.6% di tahun 2023.
Baca berita penuh di https://tinyurl.com/bdfunhsk
Bagaimana ini boleh berlaku? Banyak berbelanja untuk rakyat tapi defisit dan pertumbuhan hutang menurun?
Bagi aku satu perkara yang jelas. Ternyata DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan tak sakau wang negara. Atas sebab itu semua wang untuk rakyat 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.
Alhamdulillah. Inilah cara membalas budi yang kami harap-harapkan. Terima kasih DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan kerana membalas kepercayaan kami.
Aku tahu orang akan sebut 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗦𝗦𝗧 juga. Jadi biar aku jawab siap-siap.Bagi aku itu bukan masalah. Kenaikan cuma sedikit, bahkan untuk sektor yang melibatkan ramai marhaen 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻.
Jika jelas duit itu benar dibelanjakan kepada rakyat serta akaun negara bertambah baik seperti sekarang ini, aku tiada masalah dengan kenaikan 2% itu. 𝗔𝘀𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Guane boh?
Raja Gelap II
.