SALUR BUAT APA- DOK KENA MAKI LAGI ADA....BERI PADA NEGERI PH ..MASIH BANYAK YANG PERLU DITAMBAHBAIK

 


Pusat salur RM2.81 bilion peruntukan pembangunan ke Kelantan


Meskipun Kelantan diperintah oleh parti pembangkang, negeri itu tidak diabaikan oleh Kerajaan Pusat apabila sejumlah RM2.81 bilion bagi peruntukan pembangunan telah diluluskan, kata Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam.



Menurut Nik Nazmi Nik Ahmad, peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) menerusi Rolling Plan Keempat 2024 itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM0.24 bilion berbanding peruntukan asal pada tahun lalu.



"Sebanyak 92 projek baharu telah diluluskan pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 425 projek.



Kementerian Kerja Raya (KKR) mencatat jumlah peruntukan terbesar pada tahun ini iaitu RM0.8 bilion dan melibatkan 32 projek," kata Nik Nazmi Nik Ahmad dipetik pada Majlis Makan Malam Bersama Media Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM di Kota Bharu malam tadi.



Teks ucapan Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.



Nik Nazmi memberitahu projek-projek utama di bawah KKR membabitkan enam pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan sembilan pakej Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kuala Krai ke Gua Musang.



"Kesemua 14 daripada 15 pakej tersebut kini dalam pelaksanaan manakala satu pakej di peringkat perolehan dengan jumlah keseluruhan kos pembinaan adalah sebanyak RM4.79 bilion," katanya.



Nik Nazmi berkata pembinaan jaringan pengangkutan menyeluruh termasuk jajaran lebuh raya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sedang rancak dilaksanakan.



Dalam pada itu, beliau menjelaskan Kerajaan Pusat juga meluluskan fasa baharu Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dengan kos RM1.06 bilion bagi Fasa 2 Sungai Kelantan dan RM0.5 bilion bagi Fasa 3 Sungai Golok.



"Untuk rekod sebanyak 13 projek secara terkumpul berkaitan banjir di pelbagai peringkat pelaksanaan telah diluluskan di negeri ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.83 bilion.



"Saya berharap semua pihak khususnya agensi pelaksana terlibat agar dapat memastikan pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan lancar malah jika mampu elakkan sebarang masalah menyumbang kepada kelewatan pelaksanaannya," katanya.

 


No comments: