Enakmen Syariah Kelantan: Pas perlu senada dengan Kerajaan perkasa hukum syariah



 

Oleh: Abdullah Zaid



Mahkamah Persekutuan menetapkan 9 Februari ini bagi membacakan keputusan dua wanita Islam yang mencabar isu Perlembagaan membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan 2019.



Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Terengganu, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin menggesa semua pihak termasuk Pas bekerjasama memperbaiki institusi syariah di negara ini, bukannya menyalahkan Kerajaan Persekutuan semata mata.



Malah cabaran mahkamah berkenaan, katanya, bermula sewaktu pemerintahan kerajaan PN pada Mei 2022 dan tentunya tidak wajar dipolitikkan.



"Pada pandangan saya kerjasama semua pihak terutamanya Pas wajar dibuat bagi memastikan tiada jurang dalam perundangan syariah agar tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan.



"Dalam erti kata lain reformasi menyeluruh perlu digerakkan dalam perundangan syariah, bagi memastikan kepentingan agama dapat dipelihara," katanya kepada Suara Keadilan.

Jelasnya, sikap menggunakan isu tersebut sebagai modal politik dan hanya menyalahkan Kerajaan Madani pada ketika ini tidak mungkin boleh menyelesaikan isu terbabit.



"Apa yang saya nak tegaskan, mempertahankan perundangan syariah itu perlu dibuat secara bersama.



"Ia bukan soal mahu mempolitikkan isu dan menyelar pemimpin Kerajaan tetapi sebaliknya kita semua mesti bertindak perkukuhkan lagi institusi syariah agar lebih efektif," katanya.



Sebelum ini, Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha mengemukakan cabaran cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1).



Dakwa mereka 20 peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang turut meliputi kesalahan yang sama.



Kedua-duanya berpendirian, kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah adalah di bawah bidang kuasa Parlimen manakala DUN hanya diberi hak untuk menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.



Justeru, kedua-duanya mahu pihak mahkamah mengisytiharkan bahawa peruntukan tersebut batal dan tidak sah.



Pas Kelantan pula pada 1 Februari lalu mengarahkan 45 DUN di negeri itu menyediakan sebuah bas bagi setiap DUN untuk mengangkut penyokong berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya pada 9 Februari ini, tarikh hakim akan membacakan keputusan cabaran undang undang berkenaan.

 

No comments: