PDRM Bakal Dilengkapi Dengan Kamera Badan




1. Keputusan KDN memberikan kelengkapan kamera badan (BWC) kepada anggota PDRM adalah keputusan yang tepat. Ia dilihat seiring dengan perkembangan teknologi dan penugasan kepolisan yang semakin mencabar. 


2. PDRM dijangka mula menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat mulai September tahun ini hingga Februari 2025. 


3. Mereka yang melakukan rondaan baik dengan kereta atau motosikal akan dipakaikan BCW. Merangkumi penugasan;


- Unit Kereta Peronda (MPV)

- ⁠ Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK


 selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). 


4. BWC akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024. Dijangkakan, BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025.


5. Malah, atas dasar keprihatinan KDN turut memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, dengan memastikan latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025. 


6. Menariknya lagi, BWC yang bakal digunakan di pakaian seragam polis akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama orang awam dengan polis kerana setiap perbualan mereka akan dirakam. 


7. Perkara ini secara tidak langsung, dapat menjaga imej anggota polis yang seringkali dikaitkan dengan rasuah di tepi jalan. 


8. Rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dan di dalam sebarang kes jenayah, termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.


9. Keputusan KDN memberikan BWC untuk digunakan oleh anggota PDRM turut disokong oleh Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW). Langkah ini dikatakan antara inisiatif pemantauan terbaik, terutama memastikan warga PDRM bertugas dengan jujur dan berintegriti.


10. Ia menjadi khabar gembira buat seluruh warga PDRM, khususnya unit-unit yang terlibat. Penggunaan kamera badan ini mampu meningkatkan integriti perkhidmatan malah menjadi sumber bukti kepada anggota polis dan petugas agensi keselamatan lain. 


11. Tekad Saifuddin Nasution memelihara imej kepolisian bakal berjaya direalisasikan. Keputusan memberikan BWC secara tidak langsung dapat memastikan kelicinan tata kelola anggota PDRM.



No comments: