1. Kenyataan YB Pasir Gudang bahawa YDPA tidak boleh mengatakan bahawa "jikalau hendak tukar kerajaan tunggulah pilihanraya umum" menimbulkan berbagai persoalan. Baginda YDPA turut membuat ketegasan bahawa baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang mahu menggugat kestabilan kerajaan yang ada.
2. Titah diraja sememang terbuka untuk dibahas oleh semua MP namun MP perlu juga menghormati kuasa yang ada pada YDPA untuk mengkritik ahli-ahli politik kerana Baginda adalah instituisi yang bebas politik kepartian. YB Pasir Gudang gagal memahami konteks keseluruhan titah Tuanku yang bimbang keadaan politik yang tidak stabil menjejaskan usaha mendahukukan kebajikan rakyat dan memakmurkan negara.
3. Apakah YB Pasir Gudang lupa berbagai peristiwa politik yang berlaku sekitar 2020 seperti Langkah Sheraton yang meninggalkan parut politik menyebabkan rakyat hilang percaya kepada MP dan institusi politik kepartian? Tidakkah YB Pasir Gudang ambil pengajaran bahawa dibalik langkah ini adalah keruntuhan moral MP yang boleh dibeli dengan duit ringgit dan janji pangkat? Kemudian usai PRU ke 15 ada lagi cakap-cakap nak tukar kerajaan sehingga rakyat diheret kepada polemik berapa lama kerajaan Madani akan bertahan? Pembangkang hanya sibuk meneka berapa haribulan kerajaan ini akan jatuh dan menggunakan sentimen kaum dan agama kepada Kerajaan Perpaduan.
4. Kerana langkah dan obsesi ini maka lahirlah akta anti lompat parti yang menghalang jalan untuk bertukar kerajaan secara tidak sihat ini. Semua MP bersatu hati meluluskan akta baru ini dan telah mencatit sejarah konsensus MP dalam hal ini. Apakah latar ini cuba dipisahkan dari benak MP Pasir Gudang dari titah Tuanku tempoh hari?
4. Mengapa YDPA tidak boleh bertitah "kalau nak tukar kerajaan tunggulah pilihanraya umum? Bukankah Tuanku bermaksud demikian dari latar ketidakstabilan politik yang berlaku disaksikan oleh seluruh rakyat? Bukankah PMX menikmati lebih 2/3 majoriti? Apakah YB Pasir Gudang terlalu naif dalam politik?
5. YB Pasir Gudang ralat dalam kenyataannya terhadap titah YDPA di Parlimen bukan kerana titah Baginda tidak boleh diberi pandangan oleh MP, tetapi beliau ralat kerana naifnya MP Pasir Gudang terhadap realiti dan latar titah ini dibuat. Raja kita raja berperlembagaan tapi kiasan raja adalah hikmah yang mendalam, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Dewan Negara
28hb Feb 2024
#AMANAH #AmanahProgresifPeduli #KerajaanMADANI #MalaysiaBersamaPalestin