WAKIL TASEK GELUGOR KENA GERUTU





MSO


Sidang parlimen terganggu lagi hampir 10 minit pagi ini. Ia bermula daripada hujah atau pendedahan eksklusif yang dianggap hear say oleh wakil Tasek Gelugor. 


Beliau mendedahkan konon ada usaha memujuk beliau dengan tawaran berupa rasuah agar menyokong kerajaan. 


Menurutnya terwaran ataupun kejadian itu dilakukan seseorang yang mewakili individu lain yang rapat dengan PM. Pertemuan berlaku beberapa kali di tempat ekselusif  di hotel. 


Pendedahan wakil Tadek Gelogur itu tidak disenangi penyokong kearajaan. Beberapa wakil kerajaan bangun dan meminta Tasek Gelugor berhenti membuat pendedahan berupa fitnah dan jika benar dicadangkan buat laporan polis dan kepada SPRM.


Parlimen kian gamat sehinggalah Speaker Johari Abdul bertegas melarang Tasek Grlugur membawa cerita yang tersebut yang dianggap sebagai hear say ke dalam dewan kerana  tidak wajar.


Beberapa kali Tasek Grlugor cuba juga meneruskan pendedahannya, tetapi beliau dugerutu macan anjing gerutu  anak kambing, dan dilarang oleh Speaker.


Akhirnya spekaer minta Tasek Gelugor menamatkan perbahasan kerana masa 12 minit diperuntukkan sudah habis.


Kesimpulannya, kalau benar Tasek Gelugor ditawar jawatan dan diugut sila buat laporan polis dan SPRM, bukannya membawa isu itu ke dalam parlimen untuk dijadikan modal politik. Trims.