PMX MERAIKAN PM KEMBOJA


Hari ini saya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.


Sayugia, perbincangan mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara berjaya diperkukuhkan lagi.










Beberapa aspek lain akan dipertingkatkan khususnya kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, tenaga, keselamatan, maklumat dan komunikasi, serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Kemboja.


Saya percaya, lawatan rasmi ini akan mengukuhkan lagi nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja.


#MalaysiaMADANI



No comments: