MOHON MAAF LEBIH BAIK DARI BUAT SALAH TAPI DIAM MEMBISU



Aku sebenarnya malas nak ulas isu Ngeh ni. Sebab bagi aku memang bodoh la Ngeh buat kenyataan tanpa periksa fakta sebenar. Tak check dulu pulak dengan pimpinan parti.


Tapi yang bagusnya bila diberikan fakta, dia lekas tarik balik kenyataan dan mohon maaf. Itu lebih baik dari sebahagian MP PN yang dah jelas buat kenyataan fitnah pun enggan minta maaf. Kalau minta maaf pun nanti dalam media sosial cerita lain. Dasar penipu.


Tapi aku tertarik dengan kumpulan NGO yang mahu DAP pecat Ngeh ni. Mereka ni konon cakna tentang Islam padahal ini gerakan politik je. Lagi bila aku baca dia suruh UMNO kaji semula kedudukan UMNO dalam kerajaan. Boleh nampak niat mereka ni.


Sah sah PN di belakang mereka. Ini tak lain cuma nak suruh Perpaduan berpecah. Ini kiranya cubaan untuk menghasut ahli UMNO sebenarnya. Macam lebai juga, mereka ni bukan kisahkan Islam sangat. Tapi lebih kepada permainan politik.


Jap. 48 NGO ni, berapa ramai ahli dia? Ada sesiapa tahu? Nama NGO pun pelik pelik je. Entah kalau minta tengok dokumen pendaftaran entah ada entah tidak. 


Kalau nak tengok dia cakna Islam ke tak, kira tunggu reaksi dorang dari kenyataan Rosyam Noor. Yang itu bagi aku lebih biadab dan memalukan. Kita tengok apa dorang buat pada Rosyam pula nanti.


Kalau senyap, tak kutuk Rosyam kaw kaw, maknanya memanglah dorang ni tak cakna tentang Islam. Patut dada la macam seruan kepada rakyat supaya boikot Rosyam. Takkan senyap je untuk perkara sebesar ini.


Apa pun, untuk ahli politik kerajaan, lain kali kalau nak keluar kenyataan tu, check la dulu dengan pimpinan parti. Jangan main lepas je. Dah jadi kerajaan ni, biar la cerdik sikit. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.