1) Semalam (09/01/2024) IGP pun persoalkan kalau dah cukop JomBlah tentu Ketua-ketua Parti dah dititah mengadap YDPA. Ini, abuk pun tarak. Malah Mezah Zack siap nafi kunun mereka dipanggil menghadap YDPA. Baca apa saya tulis di : 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜...🤣🤣 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/345558975005369
2) IGP pun faham bahawa jika cukup JomBlah lebih drpd cukup, Ketua Parti akan dipanggil ke istana utk memastikan bahawa PMX sudah hilang sokongan maka ia perlu ditentukan di Parlimen (Dewan Rakyat) dgn usul VoNC atau Undi Tidak Percaya. Hanya jika terbukti benar maka PMX kena letak jawatan. Setakat ni RTakPK dok buat dakwaan sana sini dan jual nama YDPA kununnya baginda terlibat setuju itu ini. Muhong kuat si RTakPK tu, sdgkan YDPA titahkan PMX teruskan mentadbir negara.
3) Jangan samakan era Tebuk Atap. Waktu Ketua Parti dipanggil (waktu tu pun SD sudah tak laku sbb YDPA tahu ada yg sign lebih dari satu SD) bagi menentukan sokongan kpd calon PM. Ia berlaku begitu 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗧𝗢𝗞 𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗨𝗔 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗔 (𝗟𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻). 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗣𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡, angka mesti ditentukan dgn undi dlm Dewan Rakyat 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗗 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜. Ada PMX letak jawatan? TIDAK ADA. Bermakna proses melantik PM baharu 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗗𝗣𝗔.
4) So, memg tak logik le dalam keadaan PMX tidak letak jawatan tetiba YDPA nak lantik PM baharu dengan memanggil Ketua-ketua Parti? Apatah lagi dgn guna 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗦𝗗 𝘆𝗴 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 (𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗬𝗕 𝗗𝗿 𝘁𝗮𝘂𝗳𝗶𝗸 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗣 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗛-𝗣𝗞𝗥 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮) yg diwar-warkan leh RTakPK? T𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜. YDPA seorg yg bijaksana namun sanggup merujuk kpd MRRM meskipun baginda punya kuasa mutlak menentukan siapa PM di bawah 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟰𝟯 (𝟮) (𝗮) 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻. YDPA tidak akan terpengaruh hanya dengan SD tetapi akan siasat. Baginda tidak akan terjebak dlm percatutan politik.
5) Meskipun ada yg tidak setuju, saya anggap DS Shamsul Iskandar Md Akin (Sam) SUPOL Kanan PMX mengambil tindakan yg betul dengan membuat lapuran polis supaya disiasat puak yg mahu menjatuhkan Kerajaan ini kerana dianggap sebagai satu pengkhianatan. Polis mengumumkan mereka menyiasat kes ini di bawah 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟮𝟴𝗖 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗯𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻.
6) Sejak semlm juga telah viral video seorg Loyar buruk Atok dan pejuWANG yg sebarkan propganda KUNUNnya dalam Perlembagaan, MP bebas menyatakan sokongan kepada mana-mana MP yg lain utk jadi PM. Dia buat pula laporan polis kununnya Sam nak menghalang hak MP menyatakan sokongan. Nampak sangat nak SPIN, walhal laporan Sam bukan sebab MP menyatakan sokongan tapi tindakan melakukan konspirasi SD ini menjejaskan demokrasi berparlimen.
7) Kutip MP sana, kutip MP sini utk jatuhkan kerajaan bukan amalan demokrasi sebenar tetapi kerja PNjahat Tebuk Atap kerana kerajaan hanya boleh dijatuhkan samada dgn VoNC terhadap PM, usul bajet atau parti pemerintah kalah dalam PRU. 𝗔𝘁𝗼𝗸 𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗧𝘂𝗮 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗗 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘂𝘁𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻. SD tidak pernah menjadi platform menjatuhkan kerajaan, benarlah seperti kata DSZH tapi disanggah oleh Ketua Penerangan PA$ yg hati tak berapa terang tu.
8.) Antara propaganda sedang disebarkan oleh Loyar Atok dan pejuWANG itu ialah KUNUNnya hanya disebutkan dalam 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟰𝟯 (𝟮) (𝗮) bahawa "pada hemat baginda (YDPA) mungkin mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat" 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜". Bagi yg dangkal dan tidak berilmu akan percaya dgn 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗧𝗔𝗡 ini. Macam biasa, kita tahu walaun & untit 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘆𝗴 𝗧𝗢𝗟𝗢𝗟 pasti bersorak gumbira dan terpercaya.
9) Memang le yg disebut ialah "sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat". Tapi dalam kes mana-mana parti pun Ketua Parti adalah diberikan mandat oleh Ahli-ahli Dewan parti itu. 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧, bukan di luar kerana mereka masih tertakluk kepada 𝗔𝗞𝗨𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 (𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻) dgn parti yg mengikat mereka dgn AALP.
10) Tapi harus diingat bagi parti-parti seperti Amanah, UMNO dan DAP yg meminda Perlembagaan Parti mereka, mengambil keputusan berbeza atau melanggar konsensus parti adalah satu tindakan yg boleh menyebabkan tergugur status sebagai wakil Rakyat JIKA wakil parti menghantar 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 pengosongan kerusi Parlimen mereka kpd Speaker Dewan Rakyat. 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗸𝘂𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗠𝗣 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗕𝗡, 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗦𝗗 𝘂𝘁𝗸 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝘆𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗽𝗱 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂. Boleh didenda / saman RM100 juta dan gugur status sebagai Wakil Rakyat.
11) Yg walatok, walargon, walaun & untit tak faham ialah 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟰𝟵𝗔 (𝟯) 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝟭𝟲𝟲𝟯 memperuntukan WAKIL PARTI menghantar surat atau 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 kpd Speaker Dewan Rakyat bagi memutuskan bhw kerusi Parlimen atau DUN itu kosong kerana berlaku 𝗞𝗘𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔.
12) So, kalau BENAR bagai didakwa KUNUNnya 𝟭𝟭 𝗼𝗿𝗴 𝗠𝗣 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗱𝗮𝗻 𝟮 𝗠𝗣 𝗠𝗖𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝟭 𝗠𝗜𝗖 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗦𝗗 𝗸𝗽𝗱 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗠 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹, 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡. 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗲, 𝘂𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗖 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗴𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂? Melayang atau tidak kerusi Parlimen mereka nanti dalam Persidangan Parlimen yg dijangka pada 26 Februari 2024 akan datang? Ada bran?? Cuba, try, test tengok la,
13) Kalau PA$ PPBM PNyakau Nasional dakwa cukop Jomblah lebih drp cukop...usulkan VoNC di Dewan rakyat 26 Februari 2024 nanti. Ada bran?? Berapa kali dah PMX cabar kenapa 𝗣𝗔$ 𝗣𝗕𝗕𝗠 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗧𝗔𝗞𝗗𝗘 𝗧𝗘𝗟𝗢𝗤 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝘂𝘀𝘂𝗹 𝗩𝗼𝗡𝗖?? Dengan 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 ini pun sudah jelas SD tu semua PNipuan Cyberuk-cyberuk PEMBANGANG semata-mata.
Wallahualam.
- Zus Din
10012024
***************
𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 - 𝗜𝗚𝗣
Diterbitkan: Jan 9, 2024 8:56 PM
Dikemaskini: 9:10 PM
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mempersoalkan mengapa dakwaan bahawa pembangkang mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai autoriti.
Katanya, sekiranya dakwaan tersebut benar, sudah pasti ia datang daripada pemimpin parti berkenaan.
"Sekiranya betul nak berlaku (pertukaran kerajaan), ketua parti atau setiausaha akan bawa menghadap Agong ataupun membawa pendedahan di dalam parlimen mengatakan bahawa kita ada sekian nombor, buat undi tak percaya dalam parlimen," kata Razarudin pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Razarudin turut menjelaskan polis telah membuka kertas siasatan berhubung usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Menurutnya, suspek utama ialah penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang baru-baru ini mendakwa pembangkang telah mendapat sokongan 120 ahli parlimen.
Razarudin berkata, jika pengumuman itu dibuat oleh ketua atau setiausaha agung parti, maka ia adalah perkara berbeza.
"Kalaulah pengerusi parti, setiausaha cakap, tu lain dia ada autoriti cakap, Ini orang yang tak autoriti, tak ada locus standi cakap," katanya.
Dia berkata dakwaan sedemikian hanya akan menganggu gugat kestabilan negara, malah boleh menakutkan kemasukan pelabur asing.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah hari ini bertitah bahawa baginda tidak akan terlibat dalam percaturan politik.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru turut bertitah tidak akan menerima mana-mana pihak menghadap baginda sehingga 31 Jan ini.
Parlimen akan bersidang pada penghujung Februari.
No comments:
Post a Comment