Tak dinafikan apa
yang Ambiga katakan ini. Memang perubahan yang dijanjikan agak perlahan. Tapi
Ambiga juga akui yang ada usaha memerangi rasuah secara besar-besaran.
Cuma yang kita kena
ingat, rasuah ni dah macam ibu segala penyakit. Kita ada macam-macam penyakit
di negara ini buat masa ini. Nak ubat semua penyakit ini, ibunya kena
dihapuskan dulu.
Nak ubah macamana
kalau pergawai kerajaan pun ramai yang rasuah? Nanti kerajaan je syok nak buat
itu ini, Tai agensi kerajaan tak layan sebab dah kenyang melantak rasuah. Kan
susah.
Selain itu, macam
Akta Komunikasi, kalau dihapuskan sekarang, akan mengundang lebih banyak
masalah. Kerana pembangkang pada masa ini jadikan isu kaum dan agama sebagai
senjata.
Sehingga rakyat
punyai kesedaran manakala penjahat yang gunakan isu 3R serta fitnah sebagai
senjata telah dihapuskan sepenuhnya barulah akta itu sedia untuk dihapuskan.
Satu lagi, ekonomi
negara kita juga belum pulih penuh selepas dihancurkan oleh PN. Sebab tu kita
boleh lihat kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi selain dari usaha membasmi
kemiskinan.
Ambiga kena lihat
kesungguhan pembangkang untuk menebuk atap adalah bukti kerajaan sedang
berusaha membawa perubahan. Kerana bila perubahan berjaya, pembangkang akan
mati dulu.
Beri tempoh pada DS
Anwar dan Kerajaan Perpaduan untuk dulukan yang dulu dan utamakan yang utama.
Lagipun, perubahan yang nak dilakukan itu perlukan kajian yang mendalam.
Kerajaan ini bukannya macam PN dulu, buat sesuatu tanpa fikir. Jadi sabarlah
Guane boh?
.