Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda enggan baiki!???

 

Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda enggan baiki!

Salam semua.

Pada Disember 2023, ayah saya membeli Honda CRV 2023 di Cawangan Peringgit.

Baru saja membawa keluar dari pusat honda tersebut, dia terperasan ada bunyi bising yang kuat, tapi dia anggap mungkin disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa baik.

Namun kemudiannya dia mendapati bunyi yang sangat kuat itu datang daripada kereta tersebut. Bunyinya seakan sedang menunggang motosikal. Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja.

Ayah menghantar semula kereta tersebut ke Cawangan Peringgit untuk pemeriksaan. Mereka hanya menukar tombol/kunci pintu tapi kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama.

Pada pemeriksaan kedua pula mereka pandu uji kereta tersebut dan mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu. Pengurus Cawangan Peringgit, Encik Lim juga mengesahkan ada bunyi tidak normal.

Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke Pusat Servis Utama iaitu Honda Malaysia. Ini kerana kata mereka Cawangan Peringgit tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti dari Honda Malaysia.

Hari berlalu, tiada sebarang khabar berita dari mereka. Maka ayah menghubungi semula Encik Lim dan dia maklumkan bahawa dia sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.

Agak kepelikan kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usiannya, namun tempoh jaminan dari Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.

Kemudiannya ayah berhubung dengan Puan Brenda, ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia. Seperti satu perlawanan ping-pong, dia maklumkan bahawa kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak Cawangan Peringgit.

Rupanya mengikut laporan yang mereka buat, tidak langsung dinyatakan tentang bunyi pelik tersebut, sebaliknya mereka hanya nyatakan ada isu tayar sahaja.

Beberapa hari berlalu, tiada siapa yang menghubungi ayah. Mula rasa bimbang jadi dia menghubungi mereka. Alangkah terkejutnya ayah apabila mereka kata Puan Brenda TELAH MENUTUP KES ini tanpa melakukan apa-apa siasatan lanjut.

Encik Lim kata dia sedang berusaha untuk mendapatkan maklumbalas dari Honda. Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di sana, dengan nada yang sopan dan baik dia kata dia memahami situasi ayah dan memohon maaf atas kesulitan.

Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa status kereta tersebur kerana masih tiada jalan penyelesaian.

Saya terpaksa menggunakan saluran di media sosial kerana mereka tidak mempunyai e-mel rasmi, talian perkhidmatan pelanggan juga sangat lama untuk dihubungkam, dan apa yang pasit mereka terus menerus mengelak untuk mengambil sebarang tanggungjawab, yang selalu mereka lakukan adalah mengatakan untuk berhubung semula dalam beberapa hari, namun saya yang perlu cari mereka untuk bertanya tentang sebarang update.

Bukanlah niat saya untuk sekadar menularkan isu ini, tetapi saya mahu isu ini dapat diselesaikan seadilnya sebagai seorang pelanggan. Moga ada cahaya sinar buat ayah dalam isu ini.

FB Ahmad Shah.