Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda
enggan baiki!
Salam semua.
Pada Disember 2023, ayah saya membeli Honda CRV 2023 di Cawangan
Peringgit.
Baru saja membawa keluar dari pusat honda tersebut, dia
terperasan ada bunyi bising yang kuat, tapi dia anggap mungkin disebabkan
keadaan jalan yang tidak berapa baik.
Namun kemudiannya dia mendapati bunyi yang sangat kuat itu
datang daripada kereta tersebut. Bunyinya seakan sedang menunggang motosikal.
Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang
sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja.
Ayah menghantar semula kereta tersebut ke Cawangan Peringgit
untuk pemeriksaan. Mereka hanya menukar tombol/kunci pintu tapi kereta masih
mengeluarkan bunyi yang sama.
Pada pemeriksaan kedua pula mereka pandu uji kereta tersebut dan
mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu. Pengurus Cawangan Peringgit,
Encik Lim juga mengesahkan ada bunyi tidak normal.
Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke Pusat
Servis Utama iaitu Honda Malaysia. Ini kerana kata mereka Cawangan Peringgit
tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti dari Honda
Malaysia.
Hari berlalu, tiada sebarang khabar berita dari mereka. Maka
ayah menghubungi semula Encik Lim dan dia maklumkan bahawa dia sentiasa cuba
mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini
masih tidak diketahui apa puncanya.
Agak kepelikan kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi
usiannya, namun tempoh jaminan dari Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.
Kemudiannya ayah berhubung dengan Puan Brenda, ketua
Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia. Seperti satu perlawanan ping-pong, dia
maklumkan bahawa kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak
Cawangan Peringgit.
Rupanya mengikut laporan yang mereka buat, tidak langsung
dinyatakan tentang bunyi pelik tersebut, sebaliknya mereka hanya nyatakan ada
isu tayar sahaja.
Beberapa hari berlalu, tiada siapa yang menghubungi ayah. Mula
rasa bimbang jadi dia menghubungi mereka. Alangkah terkejutnya ayah apabila
mereka kata Puan Brenda TELAH MENUTUP KES ini tanpa melakukan apa-apa siasatan
lanjut.
Encik Lim kata dia sedang berusaha untuk mendapatkan maklumbalas
dari Honda. Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di
sana, dengan nada yang sopan dan baik dia kata dia memahami situasi ayah dan
memohon maaf atas kesulitan.
Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa
status kereta tersebur kerana masih tiada jalan penyelesaian.
Saya terpaksa menggunakan saluran di media sosial kerana mereka
tidak mempunyai e-mel rasmi, talian perkhidmatan pelanggan juga sangat lama
untuk dihubungkam, dan apa yang pasit mereka terus menerus mengelak untuk
mengambil sebarang tanggungjawab, yang selalu mereka lakukan adalah mengatakan
untuk berhubung semula dalam beberapa hari, namun saya yang perlu cari mereka
untuk bertanya tentang sebarang update.
Bukanlah niat saya untuk sekadar menularkan isu ini, tetapi saya
mahu isu ini dapat diselesaikan seadilnya sebagai seorang pelanggan. Moga ada
cahaya sinar buat ayah dalam isu ini.
FB Ahmad Shah.