KITA DAHULUI DENGAN BANTERAS RASUAH DAN URUSTADBIR KEWANGAN NEGARA DAN LAIN LAIN JUGA

 




Tak dinafikan apa yang Ambiga katakan ini. Memang perubahan yang dijanjikan agak perlahan. Tapi Ambiga juga akui yang ada usaha memerangi rasuah secara besar-besaran.

Cuma yang kita kena ingat, rasuah ni dah macam ibu segala penyakit. Kita ada macam-macam penyakit di negara ini buat masa ini. Nak ubat semua penyakit ini, ibunya kena dihapuskan dulu.

Nak ubah macamana kalau pergawai kerajaan pun ramai yang rasuah? Nanti kerajaan je syok nak buat itu ini, Tai agensi kerajaan tak layan sebab dah kenyang melantak rasuah. Kan susah.

Selain itu, macam Akta Komunikasi, kalau dihapuskan sekarang, akan mengundang lebih banyak masalah. Kerana pembangkang pada masa ini jadikan isu kaum dan agama sebagai senjata.

Sehingga rakyat punyai kesedaran manakala penjahat yang gunakan isu 3R serta fitnah sebagai senjata telah dihapuskan sepenuhnya barulah akta itu sedia untuk dihapuskan.

Satu lagi, ekonomi negara kita juga belum pulih penuh selepas dihancurkan oleh PN. Sebab tu kita boleh lihat kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi selain dari usaha membasmi kemiskinan.

Ambiga kena lihat kesungguhan pembangkang untuk menebuk atap adalah bukti kerajaan sedang berusaha membawa perubahan. Kerana bila perubahan berjaya, pembangkang akan mati dulu.

Beri tempoh pada DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan untuk dulukan yang dulu dan utamakan yang utama. Lagipun, perubahan yang nak dilakukan itu perlukan kajian yang mendalam. Kerajaan ini bukannya macam PN dulu, buat sesuatu tanpa fikir. Jadi sabarlah Guane boh?

Raja Gelap II

#PenjarakanPapaGomo

.