GPS dah beri mesej yang jelas dah. Tak payah la acah acah kekal
tenang lagi. Abang Jo tak berselindung pun menolak ajakan tukar kerajaan. Malah
tawaran supaya jawatan PM diberikan kepada GPS dianggap cubaan untuk
memperbodohkan Abang Jo.
Kalau 20 orang MP GPS nak dengan PN pun, tapi kalau Abang Jo tak
nak, tetap takkan jadi. Sebab sekarang ni yang penting hanya pendirian ketua
parti. Dan untuk makluman semua, orang Sarawak benci politik rasis yang dibawa
oleh PAS.
Dengan hanya 23 kerusi, kalau betul Abang Jo terima tawaran GPS
jadi PM, dah pasti PN akan tekan PM dari GPS untuk ikut kemahuan mereka jika
mahu kekal PM. Di penghujungnya, PM dari GPS hanya jadi boneka.
Aku tak kisah pasal lebai. Sebab lebai pun tahu usaha tukar
kerajaan takkan berjaya. Aku cuma agak kesian pada walaun. Berharap sangat. Aku
tengok posting dorang macam penuh harapan. Dah ramai yang aku unfriend sebab
tak sampai hati tengok diorang ditipu lebai.
Untuk pemimpin PN, tutuplah cerita tukar kerajaan ni. Ia ganggu
minat pelabur untuk masuk melabur. Korang dah kaya, duit banyak, tak apa la.
Tapi rakyat perlukan pelabur untuk peluang pekerjaan. Berhentilah sabotaj
ekonomi dan rakyat dengan cerita begini. Guane boh?
.