Bekas
Menteri Kewangan era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan
didakwa Isnin ini.
Menurut
kenyataan media Daim, pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur.
"Peguam
saya dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Jan atas kesalahan
bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan pengisytiharan aset,"
kata kenyataan itu dipetik FMT.
Daim
juga memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil
kenyataannya semalam.
Sebelum
ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memaklumkan Daim “berkemungkinan besar”
didakwa di mahkamah minggu depan selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital
pada Khamis.
SPRM
menjelaskan siasatan terhadap Daim bermula pada Februari 2023 berdasarkan
pembongkaran dalam Kertas Pandora yang mengaitkan beberapa tokoh terkemuka di
Malaysia dengan aktiviti menyimpan dana di bank luar pesisir.
Agensi
antirasuah tersebut telah memanggil isteri Daim, Naimah Khalid dan anak-anak
mereka, Amir dan Amin, untuk memberikan maklumat mengenai aset milik keluarga
berkenaan.
Pada
23 Jan lalu, Naimah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal
mematuhi notis SPRM yang mengkehendaki pengisytiharan aset seperti pemilikan
syarikat, beberapa bidang tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta
kenderaan.
Dia
didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara
sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.