Setahun berlalu dengan cepat.


 


Amanah yang dipikul oleh Kerajaan MADANI adalah amanah yang begitu berat. Selama setahun menerajui Kementerian Ekonomi, saya telah mengutamakan fokus kepada menyelesaikan masalah struktur untuk proses pemulihan ekonomi negara pada kadar yang segera.


Walaupun usaha menstrukturkan semula ekonomi negara akan mengambil masa dan kesannya dirasai pada jangka masa sederhana dan panjang, ada juga usaha-usaha setakat ini yang telah mula membuahkan hasil sedikit demi sedikit. Negara mengekalkan pertumbuhan ekonomi tiga suku berturut-turut pada kadar yang lebih tinggi setiap suku, di samping mencapai kadar pengangguran dan kadar inflasi yang terendah.


Masa setahun adalah masa yang baik untuk menyemak kembali perkara yang dilakukan dengan betul dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Insya Allah saya berpeluang untuk berkongsi pandangan dan mendengar maklum balas sahabat-sahabat bersempena dengan Karnival Setahun Bersama Kerajaan MADANI.


Bagi mereka yang berkesempatan, saya jemput untuk bersama-sama dalam program Sembang Santai Ekonomi yang akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 8 Disember 2023 (Jumaat)

Masa : 12-12.40 tengah hari

Tempat : Pentas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Orang ramai juga boleh layari https://setahun.ekonomi.gov.my untuk mendaftar penyertaan bagi sesi tersebut. Pencapaian dan misi untuk tahun 2024 juga ada dipamerkan di laman web tersebut. 


Pohon sebarkan kepada orang ramai.







No comments: