Menerima kunjungan hormat Naib Presiden China Han Zheng di pejabat saya hari ini seraya diapit Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Kadir.
Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Platform ini juga saya gunakan bagi menyampai hasrat kepada China untuk bersama-sama memastikan konflik Palestin-Israel segera diselesaikan dan bantuan kemanusian disalurkan tanpa halangan.
Kami berdua turut menyentuh keperluan mengeratkan hubungan Malaysia dan China serta merancakkan pelaburan selain kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk industri halal.
#MalaysiaMADANI