BEZA DANA SENDIRI DITUDUH DAN DUIT PARTI KAU REMBAT

 

Semalam masa ambil anak aku dari kolejnya, dia bercerita teman-temannya ramai yang bising bila Saddiq didapati bersalah. Ada yang berkata "kalau orang muda cepat je salah". Aku tanya apa maksud mereka? Macam dijangka, dikaitkan isu Zahid.


Aku bawa anak aku makan dulu. Di kedai makan, aku jelaskan apa beza antara kes Zahid dengan kes Saddiq.


Pertama, kes Zahid ni, dia didapati salah guna dana Yayasan Akal Budi. Siapa pemilik yayasan tu? Zahid sendiri. Kes Saddiq pula, dia seleweng dana parti. Dialihkan dari akaun parti masuk ke akaun sendiri. Siap ada jejak wang atau money trail. Siapa pemilik dana tu? Parti Bersatu, bukan dia sendiri.


Antara kes Zahid, dia dituduh bayar hutang credit card gunakan wang yayasan. Tapi dibuktikan yang pembantunya telah tersalah gunakan cek yayasan. Tandatangan Zahid pada cek pula menggunakan cop, bukan Zahid sendiri tandatangan guna pen.


Antara kes lain, Zahid meminjamkan wang kepada seseorang yang mahu masuk tender dan perlukan wang sebanyak RM10 juta dalam akaun. Wang itu dikembalikan selepas orang itu kalah tender. Zahid dikatakan salah guna dana tersebut sebab tujuan penubuhan YAB bukan pinjamkan wang.


Jauh beza dengan kes Saddiq. Duit yang dia ambil dari akaun parti tak masuk balik ke akaun parti pun. Sebab itu yang melaporkan penyelewengan Saddiq ni orang Bersatu sendiri. Bukannya aktivis parti lain.


Dia macam ni. Umpamakan ada sebuah buku atas meja. Zahid ambil buku, bawa ke tempat duduknya dan baca. Lepas baca dia pulangkan balik. Saddiq pula, ambil buku dan bawa balik rumah, letak dalam rak bukunya macam hak sendiri. Kan jauh beza.


Kes AMLA, penggubahan wang haram ni, memang susah nak lepas. Sebab ada money trail. Tanyalah Najib. Najib sangkut sebab tak dapat nak jelaskan macamana duit RM42 juta (tak salah aku) masuk ke akaunnya. Itu sampai ada yang kata orang dengki Najib masukkan duit tu dalam akaun dia sebab nak tohmah dia.


Hakikat sebenar, bukan sebab Saddiq orang muda. Tapi sebab dia bersama Mahathir dan Mahiaddin. Maksud aku, bukannya dia bersalah sebab sokong Mahathir dan Mahiaddin. Tapi sebab dia bersama kaki sakau. Jadi sedikit sebanyak dia pasti terikut perangai sakau mereka.


Nabi saw berpesan. Pilihlah kawan yang elok. Kalau berkawan dengan penjual kasturi, kita boleh dapat bau wanginya. Kalau berkawan dengan tukang besi, paling tidak pun asap pedih akan masuk mata. Dah Saddiq pilih bersama penyakau professional, maka beginilah jadinya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.