BENARKAH ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SEDANG DIGUGAT??



Che Ibrahim


Sebenarnya Nik Elin Nik Rashid bukan orang pertama yang saman/mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebelum ini sudah ada kes yang sama, namun kerana kebijaksanaan kepimpinan ketika itu, kes ini berjaya diselesaikan dengan hormoni.


Kisahnya pada tahun 1993 (atau 1992 ambo tak berapa ingat dah), 2 ADUN dari parti S46 telah melompat ke UMNO, lalu kerajaan Kelantan menggubal satu Enakmen Anti Lompat Parti yang dikuatkuasa kebelakangan sehingga dua PRK terpaksa diadakan kesan dari Enakmen Lompat Parti itu. Akhirnya kes ini sampai di mahkamah dan mahkamah mengisytiharkan enakmen itu tidak sah dan terbatal.


Kesannya 2 Adun yang baru dipilih melalui PRK itu telah dibatalkan kemenangannya dan jawatan tersebut dikembalikan kepada penyandang asal yang telah melompat ke parti UMNO/BN, lalu dalam satu khutbah jumaat di Masjid Muhammadi, khatib yang berkhutbah jumaat pada hari itu telah menggelarkan 2 adun itu sebagai Adun Mahkamah. 


Adun berkenaan telah membuat report polis ke atas kandungan khutbah tersebut kerana didakwa telah menghinanya sebagai adun yang sah. Kerajaan Kelantan pula bertindakbalas dengan mendakwa Adun berkenaan di bawah Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana menghina pegawai masjid/pegawai agama.


Akibat pendakwaan ini, Adun berkenaan memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan memohon pengisytiharan bahawa peruntukkan tersebut (Menghina Pegawai Masjid/Pegawai Agama) adalah tidak sah dan perlu dibatalkan.


Akhirnya atas perundingan kedua dua pihak bersetuju untuk membuat satu penyelesaian.... Pendakwa Syarie melepas dan membebaskan Adun tersebut (DNAA) dari tuduhan Menghina Pegawai Agama, manakala Adun tersebut menarik semula permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keabsahan peruntukkan Menghina Pegawai Agama dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan. 


Budak budak baru dlm Pas lo ni sah tak tahu kisah ini. Ambo rasa kalau saman adun tersebut diteruskan, kemungkinan besar peruntukkan tersebut boleh dibatalkan dan dianggap tidak sah.



No comments: