Alhamdulilah, selamat
tiba di San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengetuai delegasi Malaysia ke
Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation
(APEC).
Dalam Persidangan
ini, saya akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama
ekonomi, memantap kemakmuran ekonomi serta memupuk pembangunan yang saksama dan
inklusif buat semua.
Ia juga merupakan
peluang terbaik negara untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai kedudukan
ekonomi global semasa dan mendengar serta memberi pandangan mengenai isu-isu
serantau yang mendesak dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang
berpengaruh, usahawan-usahawan dan para pemimpin APEC.
Ruangan ini juga akan
saya gunakan bagi mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa warga
Palestin saat ini, selain meraih dukungan global, merangkul serta memperhebat
usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil.
Selain APEC, saya
juga dijadual untuk menyampaikan pidato umum berjudul “Superpower Rivalry and
Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia” di
Universiti California, Berkeley.
Insya-Allah, saya
akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat.