SEDIH




Norman Radzuan


Pagi ini sedih pula membaca kisah Nas Ahmad bekas wartawan Melodi ini. Rupanya penyakitnya semakin kritikal hanya kerana Nas terpaksa menunggu giliran utk mendapatkan rawatan sten.


Tak kan tiada pihak terutama dlm industri seni tidak boleh lakukan sesuatu. Artis2 kita byk buat konsert dan mendapat sambutan, mengapa tak sumbang 10% keuntungan utk membantu org yg pernah membantu mereka dahulu. Begitu juga majikan lamanya TV3?


"Dahulu saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Tiba2 zero income dan kini jadi asnaf. Jadi saya serahkan kpd rezeki," kata Nas Ahmad.


Saya lihat kesihatannya semakin uzur kerana terpaksa menunggu giliran utk rawatan sten di hospital kerajaan disebabkan dirinya tidak mengambil insuran. 


Jika apa terjadi kpdnya rasa sgt terkilan kerana seolah tiada yg kita lakukan utk membantu. Insyallah cuba mana termampu.