Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin atas dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut agar menyokong kerajaan.
Anwar berkata ia merupakan satu dakwaan serius dan Hamzah seharusnya mengemukakan bukti berkaitan kepada pihak berkuasa.
“Kalau ada bukti, dia patut keluarkan (bukti). Jangan pakai bebal saja.
“Kalau ada (bukti), ini satu tuduhan yang serius. Dia patut buat laporan agar ada siasatan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Iskandar yang merupakan ahli parlimen Bersatu mengumumkan sokongannya terhadap Anwar.
Hamzah kemudian mendakwa SPRM telah mengugut Iskandar agar berbuat demikian jika tidak ingin dihadapkan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dia ada menghubungi Iskandar atau menghantar wakil untuk bertemu dengannya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/683228