[gempak] DS ANWAR IBRAHIM CABAR HAMZAH TUNJUK BUKTI JANGAN HANYA FITNAH!


Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin atas dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut agar menyokong kerajaan. Anwar berkata ia merupakan satu dakwaan serius dan Hamzah seharusnya mengemukakan bukti berkaitan kepada pihak berkuasa. "Kalau ada bukti, dia patut keluarkan (bukti). Jangan pakai bebal saja. "Kalau ada (bukti), ini satu tuduhan yang serius. Dia patut buat laporan agar ada siasatan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini. =============================================================================== Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, mencadangkan supaya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, dipanggil untuk menjelaskan pendiriannya dalam keputusan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ini berikutan dakwaan pemimpin PN bahawa Iskandar telah diugut oleh SPRM untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri. "Saya mendengar rungutan atau aduan berkenaan wujudnya ugutan (dibuat SPRM), soalan yang berbangkit sekarang, mengapa kita sebagai ahli parlimen tidak mengambil tindakan? "Bukankah kita berkuasa memanggil ahli parlimen tersebut tampil ke hadapan, beri maklumat tentang apa yang terjadi, kemudian kalau ada pihak yang dinamakan (parti), kita panggil dan tanya apa yang berlaku, jika benar kita dapati aduan itu bernas, kita ambil tindakan.



No comments: