PENGUNDI PELANGAI. JANGAN UNDI PAS DAN PN.



 Pagi ini saya telah menyiap kan rencana khas di tuju  pada Pengundi Pelangai.

Jangan sesekali undi PN PAS dan alasan nya cukup memudaratkan pada Agama Bangsa Dan Tanah Air.Sejarah telah memboktikan Bahawa Tarbiah PAS telah membawa Negara pada Perpecahan sesama kita semenjak tahun tahun 70/80 han lagi.

Bertindak bijak lah wahai Pengundi pengundi Pelangai kelak.

Saya yakin kalian ada lah pengundi matang dan bagi anak anak muda jangan termakan dakyah dakyah PAS dan PN yang amat terdesak selepas mereka kecewa di Parlimen Pulai serta 

DUN Simpang Jeram.

YAB Anwar Ibrahim YAB Zahid Hamidi DS Abdul Rahman Bakar Nasarudin Hashim Saifuddin Nasution Ismail Farhan Fauzi Datuk Zainal Abidin Jidin TV Pertiwi Elyas Shahbudin Dato' Seri Najib Razak Supporters UMNO FB Group Online Kelab Bersetia Bersahabat Kelantan Datuk Junaidi Sahat Syed Ahmad Altimet Dato' Sri Ayub Yaakob Abdoll Rahim Roslan Yatim TV Pertiwi Astro AWANI Zahaini Othman Dato' Johari Abdul Datuk Paduka Seri Ab Aziz Kaprawi Eugene Abdul Azim Mohd Fathir Bin Amin UMNO Online YAB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI-TPM/PRES.UMNO/PENGERUSI BN #TeamDSAZH Raymond B Tombung BN BANGKIT😃 Presiden UMNO Fans Rawi Hamid Naseron Ismail Ismaweb.net 

Raja Annuar Adnan - RAA Zaaba Aman Shahbudin Husin Dhalan Maamor 


*PERPECAHAN MELAYU DAN PERPECAHAN NASIONAL (PN) MEMBAWA NEGARA MUNDUR KEBELAKANG*


Oleh

Shahbudin Embun


Fatwa bermusim PAS dan Perikatan Nasional semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini. Kalau dulu pelbagai fatwa dikeluarkan untuk memecahbelahkan umah seperti tidak sah sembahyang dibelakang imam dari UMNO, tidak sah sembelihan orang UMNO, tidak sah nikah berwalikan imam dari UMNO dan sebagainya. Presiden PPBM pula pernah menyatakan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. Tetapi apabila bersama, fatwa tersebut dimansuhkan sementara. 


Banyak perkara yang parti lain tak dibolehkan tetapi bagi mereka boleh sahaja dan dengan pelbagai hujah untuk mengelirukan rakyat. 


Mereka amat tidak konsisten dalam mengeluarkan hukum, antaranya:


a. Kerjasama UMNO dan DAP dalam kerajaan perpaduan dianggap sebagai mengkhianati maruah Melayu. Namun  PAS pernah bekerjasama dengan DAP dan Presiden PAS pernah menghukumkan wajib mengundi DAP dan haram mengundi UMNO.  Begitu juga PPBM pernah bekerjasama dengan  DAP dalam PRU 14 untuk tujuan menumbangkan kuasa Melayu UMNO.


b. Baru baru ini apabila Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP Howard Lee membaca terjemahan Al Quran di parlimen disumpah seranah pimpinan PAS dan dianggap menghina Islam. Namun pernah berlaku sekutu PAS yang bukan Islam berbuat demikian. Contohnya Yau Con Seng, Ketua Himpunan Penyokong PAS Negeri Sembilan pernah membaca Qur'an dengan bacaan yang tidak betul serta terjemahannya di pentas ceramah politik PAS. Yan Con Seng siap melaungkan takbir tiga kali sambil disambut oleh penyokong PAS yang hadir.  Bacaan Quran yang dengan sebutan tidak betul ini mendapat pujian dari pimpinan PAS.


c. Tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO dilabel tidak demokratik sedangkan tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dibolehkan pula dalam Muktamar sebelum ini.


d. Menuduh UMNO merasuah pengundi dan mengamalkan politik wang tetapi terdapat dua kawasan parlimen iaitu Kuala Terengganu dan Kemaman dibatalkan oleh mahkamah disebabkan ada unsur unsur rasuah dan politik wang kepada pengundi.


e. UMNO parti kafir kerana mengekalkan undang-undang penjajah tetapi apabila PAS berkuasa, pemimpin PAS sebagai Menteri Undang-Undang, tiada sebarang cadangan untuk meminda undang-undang yang berkaitan terutamanya RUU 355.


f. Kerajaan Perpaduan dianggap zalim kerana tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu tetapi apabila berkuasa hampir 3 tahun, tiada pembayaran royalti minyak dengan alasan terlalu sibuk dan ada 'kerengga' yang mengganggu.


g. Presiden PAS Hj Hadi Awang pernah menyatakan bahawa mereka yang terkorban dalam peristiwa Memali adalah mati syahid. Tun Mahathir pula beberapa tahun yang lalu menyatakan bahawa korban di Memali sebagai 'mati katak'. Kini Hj Hadi melantik Tun Mahathir sebagai penasihat 4 negeri yang ditadbir PAS.


*Perpecahan Melayu dan perpecahan nasional amat kritikal sekarang*. Yang dibimbangkan adalah ideologi ini telah dapat mereka serapkan kepada anak anak muda. Apa akan jadi kepada generasi akan datang sekiranya masyarakat Malaysia sentiasa berpecah belah!

Rencana ini di tulis oleh  penulis di tuju khas  pada pengundi pengundi Pelangai berkaitan *dosa dosa PAS yang telah menunggang Agama*  dan yang penting  ada lah  kestabilan politik Negeri Pahang sendiri dan Negara anda wajib menolak PAS dan PN dari terus  bertapak di bumi Pahang.

Beri lah sokongan padu anda pada Kerajaan Madani  PH BN pimpinan YAB PM X Anwar Ibrahim  dan Timbalan nya  YAB Zahid Hamidi  


Oleh 

Shahbudin Embun

Penganalisis Politik 

29/9/2023


End




No comments: