INI CARA PAS 'MENUNGGANG AGAMA' UNTUK MUDAH FAHAM


1. "Menunggang Agama" tidak sama dengan "Berpolitik Menurut Agama".


2. Bila Haji Hadi kata "PKR LAWAN AL-QURAN" tanpa dijelas lawan bagaimana, itu menunggang agama. 


3. Sama seperti Khawarij tunggang kata "Tiada Hukum Melainkan Hukum Allah" untuk lawan S.Ali dan halalkan darahnya dan S.Muawiyyah.


4. Tunggangan lain bila Hj Hadi haramkan yang halal untuk kritik lawan politiknya seperti katanya "NDAA tiada dalam Islam". Akhirnya disanggah oleh ahli hukum.


5. Sebaliknya pula 'Rasuah' yang haram dianggap 'Sedekah' yang halal. Mahkamah hingga batalkan dua kerusi PAS K.Terengganu dan Kemaman sebab rasuah.


6. Dalam tunggangan itu, mereka melanggar banyak sendi asas ajaran Islam tapi dirasakan wajar kononnya 'demi perjuangan Islam'. Inilah ilusi pengikut Khawarij sejak dulu.


7. Fitnah, bohong, takfiri, adu domba, mencarut, mencerca, Qazaf, body shaming dalam ceramah diikuti Takbir ahli PAS.


8. Dahulunya tunganggan Khawarij ialah tuduhan Kufur, Munafiq, Fasiq kepada Ahlul Syahadah. Kini istilah itu ditambah dengan Liberal, Sekular, Freemason dll.


BERPOLITIK MENURUT AGAMA


9. Jika 'Berpolitik Menurut Agama' pula, mereka tidak akan mendekati rasuah, fitnah dan Qazaf sebaliknya bercakap dan membuat hal yang baik.


10. Dengan itu Islam dilihat agama rahmah dan indah oleh muslim dan non-muslim kerana integriti, kompitensi, contoh tauladan, kerja kuat dan akhlak yang baik.


11. Mengkritik untuk memperbaiki itu 'berpolitik menurut agama', cerca dan mencipta fitnah disalut dengan Istilah agama pula itulah 'menunggang agama'.


12. Sepatutnya agama tidak semata-mata ada dalam perlembagaan parti, tapi terzahir dalam pengamalan dan cara berfikir pengikutnya.


Ahmad Mursi



No comments: