Warga sekitar Kuantan dijemput hadir ke sesi Temu Anwar yang
berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar memaklumkan hadirin akan diberi peluang untuk bertanya langsung kepada
beliau soal-soal pentadbiran dan isu semasa yang berkaitan rakyat termasuk
politik dan kekuasaan, falsafah, agama atau apa sahaja.
"Seperti yang selalu saya tekankan bahawa rakyat mesti diberi
ruang secara terus untuk menyoal pemimpin melibatkan pelbagai isu yang
mengesankan warga, dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara
ke arah sistem masyarakat yang madani.
"InshaAllah ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah
budaya wacana yang sihat dan segar ketimbang gejala mencerca dan yang tidak
mencerdikkan masyarakat," katanya.
"...dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak
negara ke arah sistem masyarakat yang madani," katanya.
Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi hantaran itu, sesi Temu
Anwar akan berlangsung pada 1 tengah hari dan pendaftaran boleh dibuat menerusi
laman sesawang temuanwar.com.