KELUHAN SANG NESTAPA DI KELANTAN DAN JANJI PAS YANG BANYAK DI CAPATI. PARTI PEMBOHING TAPI NAMA ISLAM.

 



Apabila aku menyeru rakyat Kelantan untuk mengundi selain PAS, ramai juga fanatik PAS menyerang. Ada yang mengatakan kalau undi PHBN, nanti ada konsert di Kelantan, lelaki sama lelaki bercium, kedai nombor ekor dibuka semula dan sebagainya.


Ada juga mengatakan aku walanon, jika tengok facebook aku, lagi banyak aku hentam PHBN. Aku siap suruh undi PN untuk Kedah, Terengganu dan Selangor. 


Aku membesar di DUN Cempaka, kubu kuat PAS, DUN arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Semua saudara mara penyokong kuat PAS. Memang tiada yang sokong UMNO, cari nahas.


Kampung aku ni kebanyakan minum air telaga, air paip kerajaan tak boleh harap. Air telaga yang payau la sumber minum, sumber mandi, sumber kehidupan.


Ramai fanatik politik komen macam-macam kat posting aku suruh tukar kerajaan negeri Kelantan, tetapi hujah fanatik politik mereka boleh dijawab sebenarnya.


Harga minyak RM1.50, tu janji Pakatan Rakyat (PR) 2008 - 2013. PAS sebahagian daripada PR,  kenapa PAS tidak turunkan harga minyak ketika menjadi kerajaan 2020-2022?


Janji nak hapus hutang PTPTN, sekali lagi, tu janji PR. Tapi yang menarik, PAS janji nak hapus PTPTN dalam manifesto mereka PRU14 - 2018, tapi PAS tidak laksanakan ketika menjadi kerajaan 2020-2022. Manifesto PH 2018 tiada pun janji nak hapus hutang PTPTN, hanya janji gaji RM4000 ke atas baru mula bayar. Boleh cari video ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man yang kata hanya PAS janji hapus hutang PTPTN, dia kata PH pun tak janji.


Boleh rujuk post presiden PAS u-turn lepas lepa ditegur isu hapus hutang PTPTN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4780490881977722&id=100000505731959&mibextid=Nif5oz


Banyak lagi hujah-hujah fanatik politik boleh dibidas, cybertrooper PH tak reti jawab.


Terengganu tukar BN & PAS berulang kali. 4 kali sejak 1999.


Kedah tahun 2018 tukar ke PH, 2020 berubah ke PAS sebab Langkah Sheraton. Sebelum tu bertukar antara PAS dan BN sejak 2008.


Kelantan tukar ke PAS + S46 Tahun 1990, S46 blah masuk UMNO balik, Kelantan kekal PAS sampai sekarang.


Dah 33 tahun memerintah, dah tepu, Exco dok tahu gapo bendo buat. Timbalan Menteri Besar suruh minum air sungai. Stesen bas sementara pun lebih 10 tahun. Ubah la, Terengganu boleh, Kedah boleh, takkan Kelantan tak boleh?


Nok kato anok tiri, masa kerajaan PH 1.0, Nik Amar kata terima kasih sebab bagi kat Kelantan peruntukkan khas RM400 juta. Zaman PHBN, dah RM1 billion disalurkan untuk membantu masalah air di Kelantan. Nik Nazmi, menteri yang bertanggungjawab isu air kata akan selesaikan isu air Kelantan berperingkat.


Cukup-cukuplah hujah Kelantan rakyat kaya, rakyat Kelantan generasi lama memang la banyak tanah, generasi baru ni banyak tiada rumah, tiada tanah pun. Ada yang 5 beradik dah kahwin masih tinggal bersama mak ayah. Ramai yang miskin, kerja gaji hari. Cuba pergi belah-belah kampung, jangan tengok Kota Bharu sahaja.


Ramai anak Kelantan terutama bidang profesional berhijrah ke luar Kelantan kerana kerja bidang profesional kurang atau tiada di Kelantan. Golongan paling gembira di Kelantan ialah pekerja kerajaan, kerana gaji pekerja kerajaan sama walau di mana anda bekerja. Kalau gaji jurutera swasta? Tengok iklan, RM1200 sebulan pun ada. Selain pekerja kerajaan, mungkin tauke kosmetik timbang kilo la kot yang berpendapatan tinggi di Kelantan.


Buka laman web DOSM, tengok KDNK per kapita, Kelantan RM16K, Kedah RM26K, Terengganu RM32K, maknanya secara purata, rakyat Terengganu 2 kali ganda lebih kaya.


KDNK per kapita Kelantan terendah di Malaysia, lagi rendah daripada KDNK per kapita Indonesia, satu-satunya negeri di Malaysia yang KDNK per kapita lagi rendah daripada purata Indonesia.


Nampak banyak rumah besar baru dibina di Kelantan, sebab banyak yang kerja di luar Kelantan bina rumah di Kelantan, nak bersara di Kelantan, tapi ramai tak balik pun Kelantan. Bina rumah besar-besar, sistem perparitan, longkang bagaikan tiada, tiada orang datang ambil sampah, tiada sistem kumbahan. Akhirnya, sisa kumbahan buang dalam tanah, diserap masuk dalam air telaga, diminum semula. Sampah-sarap pula kebanyakan dibakar secara terbuka.


Cukup-cukuplah hujah ada pembangunan sebab ada Aeon mall, rumoh ambo di Setapak ni, Aeon mall ado tigo bulih jale kaki. Lepas tu hujah rakyat Kelantan kuasa beli tinggi, jualan tesco tertinggi, lapangan terbang paling pesat. Jualan Tesco tinggi sebab satu tu jah Tesco. Pesat la Airport sebab kijo luar belako, kelik kampung naik kapal terbang.


Hujah Kelantan harmoni walaupun ada patung Buddha besar? Patung buddha ni zaman BN 1977-1990 pun dok jadi isu di Kelantan, Peristiwa 13 Mei 1969 pun tak merebak ke Kelantan, masyarakat agama lain hidup aman sejak merdeka di Kelantan, tak kira Kelantan bawah BN ke, bawah PAS ke. Cuba Patung Buddha terbesar ni kat Pulau Pinang, mesti lain pula hujah fanatik politik.


Cukup-cukuplah hujah, cukup-cukuplah PAS di Kelate, undi lain la pulok. Ore ganu, ore kedoh pun tukar jugok sekali sekalo.


Populasi Kelantan 95% orang Melayu, Sultan Melayu, pengawai kerajaan negeri dan Persekutuan 99% Melayu, kalau PHBN memerintah, dok bodo sek dio nok munoh ore Melayu Isley. Di Pulau Pinang DAP memerintah,  molek-molek bulih semaye be.


Walaupun agak mustahil kerana penyokong tegar ramai. Ambo nok oyak, tukar-tukar la. Pereboh kerajaan PAS Kelate.


Tak mustahil untuk PHBN nak menang. Tahun 2004, zaman TG Nik Abdul Aziz, PAS hanya menang tipis DUN 24-21, Parlimen PAS kalah 6-8 kepada BN.


Angka DUN ini turun ke 23-22 tahun 2005 selepas PRK DUN Pengkalan Pasir. Hanya satu kerusi yang membezakan.


Rakyat Kelantan boleh membuat perubahan PRN 2023? Sukar tapi tidak mustahil.


Kalau nok pilih PAS jugok, ikut sek demo la, demokrasi. Cumo politiklah caro matang.


*Kredit buat saudara Asyraf Naim anak muda yang berani bersuara 💪💪💪

No comments: