Masa aku baca berita ni pagi tadi, Sinar letak tajuk yang
menimbulkan tanda tanya. Seperti biasalah perangai Sinar. Tengok di ruangan
komen, majoriti menjangka menteri dari DAP.
Apa lagi yang digembar-gemburkan 'usaha untuk membebaskan
pelancong China'. Banyak komen yang berbaur rasis. Aku cuma tag Menteri KKD dan
MCMC. Malas nak layan komen.
Malah kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal juga seakan menuju
kepada DAP walaupun tidak secara jelas. Begitulah kejayaan doktrin dan fitnah
yang dimulai oleh Mahathir.
Petang ini menteri terbabit membuat pengakuan. Rupanya Menteri
Pelancongan, Tiong King Sing dari GPS. Sebab itu aku kata menghampakan walaun.
Tak dapat nak kaitkan DAP.
Menurut Tiong, dia melakukan 'terjahan' itu selepas mendapati
adanya kejadian rasuah oleh pegawai lapangan terbang tersebut. Aku tak mahu
ulas isu itu. Menurut Tiong, dia dah laporkan kepada SPRM jadi tunggulah hasil
siasatan.
Kenapalah GPS kan? Kalau DAP, bolehlah guna buat fitnah yang
Cina DAP besar kepala. Senang sikit nak hasut rakyat benci PH. Boleh jadi
senjata ampuh untuk PRN ni. Sekali GPS pulak...
Mahaiddin pernah trick GPS lepas PRU tempohari dengan mendakwa
BN menyokongnya. Dan itu telah membuatkan GPS nyatakan sokongan terhadap PN.
Rupanya BN tak sebut pun nak sokong Mahiaddin.
Maknanya PN perlukan GPS kalau nak merampas kuasa. Jadi nak
kutuk GPS ni berat sikitlah bukan macam nak fitnah DAP. Haish... Rugi rasa
walaun tak dapat serang DAP. Guane boh?