PERSATUAN ANAK FELDA KECEWA


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan mewakili peneroka Felda kecewa dengan keputusan kerajaan melantik bekas menteri dari Umno Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusi organisasi itu.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata Felda yang ditubuhkan pada 1956 dan mempunyai 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan, masih mengekalkan “orang luar” menjaga kepentingan warganya.

“Desakan berterusan agar cerdik pandai dan aktivis generasi baharu Felda diberi peluang dan kepercayaan menerajui Felda, seperti tidak dihargai,” katanya dalam kenyataan.

Rabu lalu, Felda mengumumkan pelantikan Shabery




yang juga bekas menteri pertanian dan industri asas tani sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa pada 1 Julai.

Shabery juga pernah memegang beberapa portfolio dalam kerajaan antara 2008 hingga 2018 termasuk menteri penerangan, menteri belia dan sukan dan menteri komunikasi dan multimedia.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu menggantikan bekas menteri besar Terengganu Idris Jusoh, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Felda pada minggu lalu.

Idris berkata beliau menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri yang mahu beliau melepaskan jawatan itu, setahun lebih awal daripada kontraknya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/06/30/ngo-peneroka-kecewa-orang-luar-ketuai-felda/

No comments: