First of all, Tony Pua tidak lagi memegang
apa-apa jawatan dalam DAP. Ini bukan macam kenyataan penjawat awam beban negara
oleh pemimpin dari Gerakan sebelum ini. Kenyataan Tony itu berbentuk peribadi.
Kedua, aku memang dah tak yakin dengan Tony
ni sejak kejatuhan kerajaan 22 bulan lagi. Ada kalanya aku nampak dia macam
berat kepada Mahathir. Tak nampak dia begitu menyokong DS Anwar waktu itu.
Jadi bila aku terbaca kenyataan Tony Pua,
yang aku nampak macam proksi Mahathir yang bercakap. Ia bertujuan melagakan
parti-parti yang bernaung di bawah panji Kerajaan Perpaduan ini.
Kenyataan SUA DAP: http://surl.li/ijtuz
Setiausaha Agung DAP, YB Anthony Loke pun
sudah keluarkan kenyataan rasmi menolak kenyataan itu dan tegas mengingatkan
pemimpin DAP agar tidak keluarkan kenyataan yang bersalahan dengan dasar parti.
Tindakan yang tegas dan pantas. Guane boh?
Raja Gelap
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP
1. Saya merujuk kepada laporan media
yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP
Petaling Jaya.
2. Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa
jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan
tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.
3. Ucapan tersebut yang berunsur serangan
terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya
dikeluarkan (uncalled for).
4. Kepimpinan tertinggi DAP telah
membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi
mencapai kestabilan politik.
5. Sebarang kenyataan provokatif terhadap
rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian
dan hala tuju parti pada masa kini.
6. Saya ingin mengingatkan semua
pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara
parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat
diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.
7. Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh
menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali
untuk berucap dalam pentas DAP.
LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
24 JUN 2023