Aku dapat ni dari komen. Aku tak follow
orang yang mengaku ustaz ni. Tapi dengarnya posting ni dah kena delete. Alasan?
Bukan dari dia tapi draft team media PAS Pusat. Maknanya ada niat nak publish
la kan? Tapi kenapa draft pergi ke wall dia pulak?
Posting ini amat berbahaya. Jangankan post,
niat nak post pun dah salah sebab ada unsur keganasan dan kesesatan yang nyata
dalam amanat itu.
Pertama sekali, bab memfitnah dan memutuskan
silaturrahim. Fatwa begini merosakkan imej Islam. Bila masanya Nabi saw pernah
halalkan fitnah?
Bahkan fitnah pernah hampir merosakkan
keluarga Nabi saw. Takkan Nabi saw menghalalkan fitnah? Nabi saw sendiri pun
diutuskan demi kebenaran.
Bahkan salah seorang sahabat Nabi saw,
khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi saw iaitu Ali bin Abi Talib ra
sendiri terbunuh akibat fitnah.
Pandangan bahawa memfitnah, memutuskan tali
silaturrahim demi konon nak memperjuangkan Islam adalah pandangan yang nyata
sesat. Apatah lagi jika perjuangan itu disangsikan kebenarannya.
Ini pula sampai nak menghalalkan pembunuhan?
Ini jenis pemikiran Syiah. Memang kita ketahui Syiah terlalu biasa menghalalkan
banyak perkara batil.
Fatwa menghalalkan pembunuhan ini jelas
punyai unsur keganasan. Bukan sahaja sesat bahkan ia menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa wajib ambil tindakan terhadap orang yang berkata begini.
Ambillah pengajaran dari peristiwa pembunuhan
Ali bin Ali Talib ra di mana fitnah menyebabkan terjadi perpecahan yang membawa
kepada pertumpahan darah.
Orang yang menyeru kepada keganasan tak layak
diangkat jadi ketua. Mereka akan jadikan negara ini kucar-kacir. Mahukah kita?
Makanya jika ada yang menyeru keganasan, tinggalkanlah. Guane boh?
Raja Gelap
.