KUMAN DEPAN MATA TAK NAMPAK

 Ada dua isu di sini.




 Pertama, PAS persoal isu air di Selangor. Tentang paip yang mereput. 

 

Soalan ni valid. Memang rakyat berhak tahu. Cuma mungkin yang PAS tak perasan, kerja menukar paip ini dah lama berlangsung. Sebab itu dari masa ke semasa ada gangguan bekalan air di Selangor atas sebab kerja menukar paip usang.

 

Yang jadi tak kenanya, PAS melalui HakarahDaily tak tanya pula kerajaan Kelantan berkenaan isu air yang melanda negeri itu sejak sekian lama. Kalau di Selangor isunya paip usang, namun bekalannya air masih lagi stabil dan bersih.

 

Berbeza dengan Kelantan, negeri yang ditadbir oleh PAS sendiri. Di sesetengah tempat, buka paip air, yang keluarnya angin. Di sesetengah tempat lain pula, bekalan airnya berkarat teruk. Sampai ia jadi bahan lelucon di media sosial.

 

Kalau bolasepak Liga Perdana Inggeris, umpama Leicester kutuk Liverpool kena main UEL, tak dapat masuk UCL. Sedangkan Leicester sendiri pun turun liga. Memang tak kena langsung. Kalau MU yang bahan Liverpool sesuai la lagi.

 

Ini yang orang tua-tua kata, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata dia tak nampak. Tapi tak pelik. Sebab PAS bukannya hiraukan masalah rakyat pun tapi sekadar nak berpolitik. Rakyat tak dapat bekalan air bukan masalah PAS. Masalah PAS cuma nak menang PRN je.

 

Isu yang kedua, tentang gambar yang dilampirkan tu. Mungkin wartawan Harakah ni dah berusaha sehabis mungkin cari gambar paip usang di seluruh negeri Selangor tapi tak terjumpa, jadi dia surf je internet dan terjumpa gambar ni.

 

Masalahnya itu gambar di Jepun. MB Selangor tak gerago macam MB Kedah suka claim wilayah. Nak rasa maju, claim Jepun pun wilayah Selangor. Tak.

 

Ini bukti tiada etika kewartawanan dalam penyiaran berita oleh HarakahDaily. Tak salah kalau nak guna gambar yang tidak berkenaan tapi kenalah letak caption 'gambar hiasan' supaya tak disalah faham oleh pembaca. Tapi itu tak berlaku.

 

Mungkin juga kesilapan ini disengajakan demi nak cipta persepsi. Kalau benar begitu, maka memang jauhlah Islam dari amalan PAS. Islam amat menitik beratkan kejujuran dan kebenaran. Jadi apa yang PAS bawa sebenarnya? Guane boh?

 

 

Raja Gelap