Ucapan Tony Pua yang meremehkan UMNO/BN.



First of all, Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Ini bukan macam kenyataan penjawat awam beban negara oleh pemimpin dari Gerakan sebelum ini. Kenyataan Tony itu berbentuk peribadi.

 

Kedua, aku memang dah tak yakin dengan Tony ni sejak kejatuhan kerajaan 22 bulan lagi. Ada kalanya aku nampak dia macam berat kepada Mahathir. Tak nampak dia begitu menyokong DS Anwar waktu itu.

 

Jadi bila aku terbaca kenyataan Tony Pua, yang aku nampak macam proksi Mahathir yang bercakap. Ia bertujuan melagakan parti-parti yang bernaung di bawah panji Kerajaan Perpaduan ini.

 

Kenyataan SUA DAP: http://surl.li/ijtuz

 

Setiausaha Agung DAP, YB Anthony Loke pun sudah keluarkan kenyataan rasmi menolak kenyataan itu dan tegas mengingatkan pemimpin DAP agar tidak keluarkan kenyataan yang bersalahan dengan dasar parti. Tindakan yang tegas dan pantas. Guane boh?

 

 

Raja Gelap

 

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP

 

1.  Saya merujuk kepada laporan media yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP Petaling Jaya. 

 

2.  Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti. 

 

3. Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for). 

 

4.  Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

 

5. Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.

 

6.  Saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran. 

 

7.  Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP. 

 

LOKE SIEW FOOK

SETIAUSAHA AGUNG DAP

 

24 JUN 2023