Program latihan graduan di SC selari aspirasi Madani - Anwar


 

Kekuarangan tenaga kerja berkemahiran tinggi sebagaimana kebimbangan pelabur yang menanam modal di Malaysia boleh diatasi melalui program latihan mahasiswa di sektor perniagaan atau industri bagi memberi pendedahan yang lebih baik.



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Kuala Lumpur, hari ini.



"Inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti ini harus dibanggakan kerana dalam perbincangan bersama industri dan pelabur saya sendiri mendapat laporan usul Amazon, saya sendiri temui Geely dan beberapa syarikat besar, semuanya menganggap Malaysia ini satu tapak pelaburan yang sesuai, tetapi mereka gusar kekurangan tenaga mahir di peringkat tinggi, dan sebenarnya universiti kita mampu tetapi harus dibantu oleh sektor industri



"Bidang kewangan itu perlu dikuasai tentunya oleh bank dan institusi kewangan yang mampu, dan boleh diuruskan oleh Bank egara Malaysia dan dalam pasaran modal, tentunya satu bidang yang boleh dikendali oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).



"Kita juga harus faham dalam usaha ini graduan muda punya potensi luar biasa (untuk melatih kemahiran) cuba tanggungjawab kita menyediakan persiapan," katanya.



Anwar dalam pada itu memuji program latihan yang dilancarkan hari ini dengan penglibatan banyak graduan muda dan beliau percaya Suruhanjaya Sekuriti tidak ada masalah untuk menambah dana pada masa hadapan untuk program sama.



PM turut berkata, corak latihan kemahiran dengan kerjasama industri dan institusi pendidikan seperti itu selaras dengan nilai Madani, berkongsi kemahiran untuk meningkatkan pendapatan rakyat secara bergandingan.



"Program graduan pasaran modal yang diluncurkan pada hari ini selari dengan aspirasi Madani, peluang mengembangkan kemahiran dalam pasaran modal kepada graduan muda.



"Saya yakin anak anak dapat menggunakan peluang ini. Tidak ada dalam sejarah kita begitu ramai yang boleh dibawa ke SC yang selalu dianggap sebagai gedung elit perniagaan.



"Tetapi hari ini kita kumpulkan mereka, dedahkan mereka dengan industri, dengan segala kecanggihan yang ada. Saya minta anak anak menjadikan ini sebagai kesempatan terbaik meningkatkan kemahiran kita berkhidmat kepada bangsa dan negara," katanya.



Selain itu, pada majlis tersebut Anwar juga mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan kepada 0.10 peratus nilai kontrak daripada 0.15 peratus pada masa ini, tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak dan berkuat kuasa pada Julai.



Manakala SC dan Bursa Malaysia akan melaksanakan pembaharuan untuk memudahkan penyenaraian di bursa pada tahun ini dengan mempercepatkan proses tawaran awam permulaan (IPO) serta memendekkan masa ke pasaran bagi memastikan daya saing dan daya tarikan Malaysia.

 

No comments: