RETORIKA

 




Saya pernah hentam dia pasal suka buat retorik. Budget 2023 hanya hambar, yang interesting hanya mengenai menokhtakan kemiskinan. Tetapi tak nampak apa 6 bulan ini yang dibuat Kerajaan. 

 

Semalam they proved me wrong. Kementerian Pengajian Tinggi buat polisi terbaru:

 

1. Kecualikan yuran pengajian untuk anak2 yang tak mampu. Yang terlibat 10,000. 

 

2. Pendekkan tempoh waktu pengajian. Dari 4 tahun ke 3 tahun. 44 kursus pengajian terlibat. 

 

3. Sistem hybrid pengajian. Pelajar perlu datang kuliah sepenuh masa tahun pertama dan ketiga. Tahun kedua boleh pilih duduk di rumah saja. 

 

PMX juga cakap akan bagi pendidikan percuma peringkat Universiti. Tapi perlukan masa lagi. 

 

Dia juga naikkan nilai biasiswa pelajar bermula Julai ini. 

 

**************

 

Saya percaya, only through education we can break the vicious cycle of poverty. Saya lihat sendiri bagaimana Mak Andak saya kena drop out dari UPM, kerana Atok tak mampu. 

 

Alhamdullilah… sekarang anak2 Mak Andak ada yang jadi Peguam, Doktor dan Jurutera. Dia push anak2 dia belajar. Ada yang sampai dapat biasiswa pergi luar negara. Hidup mereka tambah senang. 

 

Jadi polisi bantu pelajar Marhein ini dekat di hati. Bravo Menteri Pengajian Tinggi. This is the most impactful policies so far by Kerajaan Madani. 

 

Cuma satu, umum2 juga. Tapi kena pantau juga pelaksanaannya. Sebab ada yang komplen tak turun dana. Itu apa cerita? 

 

Jangan pula sampai orang kata PM kita retorik semata2. 

 

NB- posting ini Taksuber dua2 belah pihak akan hentam saya. Kalau tak percaya tengok komen di bawah nanti. 

 

Taksuber PMX akan backup dia. Panas kalau saya sebut Pemimpin Pujaan. Taksuber Pembangkang pulak marah saya puji Kerajaan. 

 

Jangan pajak otak tuan puan pada taksuber atau pada saya. Nilai sendiri fakta yang ada, tepuk dada tanya iman jua… 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


No comments: