Alhamdulillah, Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya
pada malam ini menerima kehadiran Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari
Al-Hasani, Pengasas Institut Ihsan, United Kingdom dan Sheikh Muhammad Heydara
Al Jilani, ulama dan pendakwah dari Gambia.
Saya juga berbesar hati menerima kedatangan Sheikh Dr. Ekrima
Sa’id Sabri, Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga mantan Mufti Baitulmaqdis ke
Seri Perdana.
Sheikh Dr. Ekrima bukan sahaja seorang ulama, malah beliau juga
adalah seorang tokoh pejuang Palestin.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri (Agama) YB Senator Dato' Seri Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
ketiga-tiga tokoh ulama dunia Islam ini yang sudi berkongsi hikmah, panduan,
nasihat serta doa mereka khususnya kepada negara Malaysia.
Semoga majlis ini mendapat barakah dan bermanfaat dalam
menyuburkan lagi tradisi keilmuan yang berteraskan pendekatan yang sederhana dengan
adab dan kebijaksanaan.