TIADA MONOPOLI UNTUK TOUCH N GO







Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan untuk mengadakan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam dan tol di lebuh raya di Malaysia.

Ini sekaligus menamatkan monopoli touch n go (TNG) dalam sistem pembayaran tol di lebuh raya di Malaysia.

Malah pada Januari 2022 saya sendiri pernah menulis tentang RFID belum layak digunakan secara mandatori di lebuh raya. (Rujuk https://www.utusan.com.my/.../rfid-belum-layak-digunakan.../).

Saya sangat berharap agar teknologi yang bakal diperkenalkan benar - benar teruji dan bersedia untuk digunakan sebelum diperkenalkan kepada pengguna.

Kita tidak mahu kejadian lalu dan undur yang berlaku ketika RFID mula diperkenalkan akan berulang semula.

Apa yang penting, rakyat mendapat manfaat yang sewajarnya sesuai dengan cukai yang dibayar kepada kerajaan.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

BBA (Hons) Transport UiTM

Mantan Penyelidik Malaysia Institute of Transport UiTM

23 Mac 2023